"Isteri Suka Berleter Pada Orang Yang Mereka Sayangi, Elok Suami Tadah Sahaja..."

 

Biasalah wanita dengan dengan bebelan serta leteran ini sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kadang sampai sakit telinga dengar segala kata-kata yang keluar dari mulutnya sehingga mahu angkat kaki pergi jauh sikit daripadanya. Bila dah jadi mak-mak ini, lagilah panjang leteran serta bebelan yang akan dikeluarkan mereka ini.

Tapi jangan tak tahu setiap leteran yang anda dengari itu adalah cara dirinya mengurangkan rasa risau terhadap orang yang mereka sayangi. Bukan itu sahaja, sedikit sebanyak leteran adalah cara dirinya meluahkan rasa penat dan stabilkan emosi mereka.

Nak tahu lebih lanjut mengapa wanita suka berleter ini, meh baca perkongsian daripada Puan Salwa Mohd Saleh. Mana tahu selepas ini suami-suami mula fahami jiwa isteri yang suka membebel ini, tanpa ambil hati apa yang dikatakannya.



6 sebab kenapa kalau isteri berleter, suami elok layankan sahaja.

1. Dia sebenarnya nak lepaskan penat sahaja. Memang lah asal kejadian dia tu sedia penat. Dan mungkin logik suami, kalau berleter akan tambah penat. Tettttt. Salah. Bila dia bercakap tu seolah melepaskan api-api dan serpihan bom atom dalam jiwa raga dan memuntahkannya supaya tidak meletus seperti Gunung Merapi atau tidak mencetuskan peperangan. Tapi seriously, kalau suami-suami mesti lagi tahan kene leter daripada isteri bagi perang dingin tak bercakap seminggu, kan? kan?

2. Perempuan bukan setakat ada hormon progesterone, hormon estorogen, hormon testosteron, dehidroepiandrosteron, tapi paling banyak hormon SINETRON sebenarnya. Drama tu bukan saja dibuat-buat, tak. Memang alami. Contoh, suami pakai kan baju anak yang tak match atau pakaikan baju siang utk tidur, memang menempah lah. Kecik perkara tu bagi suami, belum tentu kecik bagi isteri. Silap-silap besar kecik besar kecik je dia nampak. Jadi tahu la pasangan anda sendiri untuk elakkan leteran terjadi.

3. Dia berleter pasal satu-satu perkara tu sebab dia CARE. Takde makna dia nk leter kat pakcik guard sekolah anak atau jiran hujung lorong atau mak sedara kepada adik susuan bekas anak angkat sepupu dia. Dia leter pada orang yang dia CINTA dan PERCAYA dengan harapan leteran tu sampai ke hati penerima. Contoh: Dia cakap stokin pun tak reti masukkan dalam mesin, tu sebab dia tak mahu nanti suami dia pergi kerja takde stokin dan gelabah nak mencari. Haaa, dapat tak?

4. Daripada dia kutuk atau cerita pasal keburukan atau tak enak nya hal keluarga kat orang lain, biar lah dia membebel pada suami. Tadah aje la. Cuba bayangkan kekecewaan dia tu dia tak cerita kat suami tapi dia canang satu taman perumahan atau dia whatsapp kat kengkawan? Tak ke lagi haru? Biar la dia nk cerita apa pun, dengarkan aja. Sekurang-kurangnya dia tahu ada bahu tempat dia nk gossip-gossip dan bebaskan rasa tak best dalam hati dia.

5. Kalau dia 0.04 saat yang lepas muka manis kemudian tetiba bertukar menjadi mak ko hijo, jangan pelik. Sindrom mood swing ini sangatlah tidak perlu di hairankan. Terutama kalau lepas tengok drama atau cerita hindustan. Dia sedang menjiwai watak. Kalau anda bijak, time-time ada cerita yang cintan cintun romantik tu, ajak la dia keluar rumah beli barang dapur ke, kalau time magrib tu ajak jemaah ke. Jadi akan mengurangkan pening kepala anda bila dia expect anda pun romantik macam aktor dalam drama!

6. Isteri ni membebel pun kerja tetap jalan. Sambil mulut dia jalan tu, tangan pun jalan sekali. Nak tinggikan kebarangkalian untuk leteran diberhentikan, sinsing baju lengan tu, tolong sama. in sya Allah, gear 5 tukar ke gear 2. kemudian dia akan parking baik punya.

Apapun rumah mana tak dilanda semak.
Dapur mana kadang-kadang tak berasap,
Awal mungkin sweet lama-lama jadi sweet sour.

Hahahahahaha

Jadi pepandai la adjust ye.
Okeh, akak rasa cukuplah leteran akak harini.
Jangan kata akak tak payung!!!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,368 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen