“Mak Kalau Sakit Masih Bertenaga, Tapi Kalau Ayah Sakit Macam Tak Ada Harapan Nak Hidup..” Betulke?

 

Gurauan kata-kata ini sering kita dengar dan lihat di sosial media. Perbezaan antara kaum wanita dan kaum lelaki ketika sakit memang ternyata jelas dapat kita lihat, tidak kira sama ada melihat pasangan sendiri atau melihat ibu bapa di depan mata.

Musim sekarang, ramai yang kelihatan tidak sihat dan terlantar di rumah untuk merehatkan diri. Sebagai anak, cuba lihat antara mak dengan ayah ketika sakit, betul ke mak masih boleh buat kerja, ayah pula tidur sepanjang hari? Itupun kadang-kadang lihat mak kejut tidur untuk makan ubat, mak suruh mandi, lembut je suara, manja betul si ayah.

Dari situasi ini sahaja dapat lihat, sebenarnya lelaki lebih manja daripada kaum wanita.

Dan antara situasi lain yang dapat kita lihat adalah…

1. Ibu jarang mengambil masa yang lama untuk berehat ketika sakit.

Naluri hati seorang ibu sangat peka dengan semua keadaan sekelilingnya. Ini yang membuatkan mereka mudah risau dan dapat merasakan ada sahaja perkara yang tidak kena pada suami atau anak-anak. Nak berehat sekejap asyik terfikir…

“Tengah hari suami aku nak makan apa…”

“Anak-anak mesti lapar kalau aku tak masak nanti…”

Fikiran di mindanya seolah-olah tidak boleh berhenti untuk memikirkan tentang hal keluarganya yang membuat dirinya hanya berehat sementara sahaja. Anak yang lihat pun seperti tidak sampai hati, tapi nak buat macam mana, ibu asyik cakap dia boleh buat sendiri.

2. Suasana rumah yang kurang berseri.

Perbandingan ini sentiasa dapat dilihat ketika ibu atau bapa yang sakit. Kalau bapa yang sakit seolah-olah kehidupan anak-anak berlalu seperti biasa tanpa bapa disisi. Tetapi kalau ibu yang sakit, suasana rumah dirasakan sangat suram, tidak ceria dan kurang berseri. Kenapa ya?

“Kalau mak sakit tu rasa macam tak seronok, kan?...”

Sebab tu anak-anak akan sentiasa mencari ibunya walaupun dalam keadaan sakit sekalipun.

“Taknak ayah masak, nak mak masak. Mak masak lagi sedap….”

Kesian si ayah, cubalah pelbagai cara untuk menceriakan suasana di rumah, pasti tidak sama seperti ibu kesayangan. Anak-anak lebih mudah merasa kasih sayang dengan tangan seorang IBU.

3. Banyak urusan rumah yang tergendala.

Perbezaan yang ketara ketika melihat ibu dan bapa sakit dirumah adalah, urusan mengemaskan rumah pasti banyak tergendala, kerana para ibu sering melakukan aktiviti rutin harian seperti memasak, membasuh pinggan, membasuh baju, melipat baju dimana ia mudah dilihat. Jarang untuk anak-anak melihat bapa mereka melakukan aktiviti ini.

Oleh sebab itu, kaum lelaki pada zaman sekarang perlu menjadi contoh yang baik untuk anak-anak ketika isteri sedang sakit. Tidaklah anak-anak merungut melihat rumah tidak diuruskan dengan betul ketika ibu mereka sedang sakit.

Ataupun ajak anak-anak untuk kemas rumah bersama, ketika ibu terlantar tidak sihat, supaya dapat menjadi bapa yang baik dan memberi teladan yang bagus untuk anak-anak kelak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,511 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen