"Nilai Seorang Wanita Itu Bukanlah Terletak Pada Berapa Tinggi Wang Hantarannya, Mereka Ini Bukan Dikahwini Untuk Dijadikan Orang Gaji..."

 

Jumlah hantaran serta tugas-tugas melakukan kerja rumah ini sering sahaja menjadi pendebatan dan topik perbincangan di antara lelaki dan perempuan. Di mana jika hantaran bernilai RM 20,000 maka seorang wanita itu perlu mahir dan lengkap packagenya. Di mana ia mahir menguruskan rumah serta anak-anak dan mempunyai pengetahuan dalam bidang agama serta berpelajaran.

Namun begitu, adakah nilai seorang wanita bergantung kepada jumlah hantaran yang diberikan bakal suami mereka terhadap diri mereka? Adakah nilai seorang wanita itu mampu diukur dengan wang ringgit semata-mata? Sedangkan selepas berkahwin dirinya perlu melahirkan anak, menjaga keperluan suami, anak-anak, keluarga mertua bahkan juga ada yang mencari rezeki demi membantu keluarga.

Jika anda mengukur nilai seorang wanita itu berdasarkan wang ringgit, ia pasti tidak ternilai harganya. Sedikit pandangan dari saudara Firdaus Shakirin yang mungkin membuat kita berfikir kembali bagaimana kita menilai pasangan kita itu.



Nilai Seorang Wanita....10k? 15k? 20k?


"Nilai seorang wanita itu bukanlah terletak pada berapa tinggi wang hantarannya..."


Umumnya dari sudut pandangan lelaki, semakin tinggi nilai wang hantarannya, maka semakin tinggilah expectation mereka. Cuba kita fikir, adakah kita "membeli" seorang wanita dengan harga 10k,15k dan 20k untuk menyediakan dan menjaga makan minum kita selama mana kita bersamanya? untuk membasuh menjemur melipat baju kita selama mana kita bersamanya? untuk menyapu mengemas rumah membersihkan bilik air selama mana kita bersamanya? untuk menjaga menghantar mengambil membesarkan anak kita selama mana kita bersamanya? untuk menjaga orang tua kita baik sihat mahupun sakit selama mana kita bersamanya?


Adakah kita "membeli"nya untuk menjadi "orang gaji" kita?


Itu yang menyebabkan cara dan pandangan kita selalu tersasar. Kita selalu letak expectation bahawa tugas seorang isteri itu macam tu sedangkan Rasulullah s.a.w sgt ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama isteri-isteri baginda. Itu Rasulullah s.a.w, seorang pemimpin tertinggi pada ketika itu...

Kita ni siapa?

Hanyalah rakyat biasa, pekerja biasa, tapi adakah kita tolong isteri macam baginda buat? Kadang-kadang mungkin ya, kadang-kadang mungkin tak...kenapa? Itu tugas dia...biar dia je lah yang buat kan...jadi berpatutankah nilai 10k,15k dan 20k untuk dia berbakti dan berkhidmat untuk kita seumur hidup dia?


Cukup atau tak cukup?

Itu belum kira zuriat-zuriat yang bakal dikandung nya, kesakitan ketika melahirkan anak untuk kita. Jika ada harga, berapa nilainya untuk mengandungkan seorang ank selama 9 bulan 10 hari? Berapa nilainya untuk melalui kesakitan ketika melahirkan seorang anak?

Itu juga belum kira lagi adakah kita sebagai suami akan setia? Tidak akan curang terhadapnya? Tidak akan meninggalkannya? Akan menghargainya? Akan menyayanginya, mencintainya, mengasihinya? Tidak sebarangan memukulnya, menzaliminya, menganiayainya?

Berapa pula "nilai jaminan" untuk semua itu?

Kita mengambil seorang wanita dari keluarganya untuk dijadikan isteri, untuk dijadikan ibu kepada anak-anak kita, untuk berada di sisi kita, saat jatuh bangun kita...Dia amanah dari Allah, kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya, memuliakannya...Then ask ourself, berapakah pula nilai kita sebagai seorang lelaki? sebagai seorang suami?


"Nilai seorang lelaki dan juga suami itu terletak pada cara dia menghormati seorang wanita, seorang isteri..."


Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah, jalan yang diredhai Allah? Cukup solat kita? On time? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Jadi, janganlah terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yang bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela...

Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargainya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen