Apa Nak Buat Jika Berlaku Kematian Di Tengah Malam? Baca Perkongsian Dari Ustaz Rashidi Al-Jawawi Ini.

 

Perkara yang melibatkan kematian ini sememangnya tidak boleh ditangguh mahupun diduga. Tiada siapa tahu, bila dan bagaimana ia berlaku, itu semua urusan Allah Taala. Ramai antara kita ini memandang remeh mengenai ilmu pengurusan jenazah. Apabila berlaku secara tiba-tiba, hilang arah nak buat macam mana.

Macam mana pula jika kematian berlaku dalam rumah, lebih-lebih lagi ianya berlaku pada waktu tengah malam. Disaat hati masih rasa sedih pasti ramai yang akan buntu untuk melakukan langkah yang pertama dalam menguruskan jenazah tersebut.

Jangan bimbang, jangan panik. Mari kita belajar sedikit ilmu pengurusan jenazah ini yang dikongsikan oleh Ustaz Rashidi Al-jawawi. Mana tahu ia berguna kepada diri anda apabila berhadapan dengan perkara sebegini kelak.



                         

Kisah Aneh Mati Tengah Malam

"Abang.. Macam mana nak buat ni?. Jam dah pukul 11.30mlm. Sah-sah la pak imam tido dah.. Tu mak baru meninggal tu nak buat macam mana?"

Risau... Pening... Takut... semua ada.

"Cuba la awak mesej. Kot-kot belum tido"

"Aduuh.. Tak nak laaa saya bang.. kacau orang tengah malam!"

Udahnya gaduh depan jenazah mak. Andai arwah masih hidup mesti dia sedih, terdetik dalam hati dia....

"Sepatutnya anak-anak aku tahu nak buat apa...tapi silap sendiri juga tak bimbing dan didikan cara nak urus jenazah aku nanti..."

Makin lama jenazah terbiar makin terseksa jenazah tu. Urusan pengebumian mesti #cepat diuruskan!

Astaghfirullah.. sedihnya

Alhamdulillah.. Saya kongsikan caranya ya.

==================================

1. Tutup matanya... kalau tak boleh urutkan pakai minyak keliling mata dan perlahan-lahan tutup matanya.

2. Ikatkan rahang pakai tali, tangan, betis dan ibu jari kaki.

3. Jenazah mesti diletak di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik... jangan letak atas lantai.

4. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.

5. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah. Lap pakai wet tissue (anti bacteria)

6. Tutupi jenazah dengan kain tebal(comforter) dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain lepas di atasnya.

7. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.

8. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.

9. Dokumen pengesahan kematian. Ada 3 salinan.

10. Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.

11. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.

12. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gaharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.

#Terakhir sekali, ini yang paling penting ya.

13. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.

14. Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan

#Save ya nota ringkas ni.. Moga memberi manfaat

P/s: Jika si mati ada masalah luka dalam perut eloklah letakan besi atau gunting atas perutnya agar tidak membengkak. Saya dah praktekan dan ternyata benar.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,056 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen