Sikap Anak-Anak Adalah Cerminan Ibu Bapa. Hati-Hati!

 

Setiap para ibu bapa perlu mengetahui bahawa anak-anak yang terbentuk adalah daripada perlakuan diri mereka sendiri. Jika di dalam rumah pun sentiasa berfikiran negatif, tidak mustahil anak-anak akan mudah terikut dengan segala perlakuan negatif tersebut. Dan juga, ibu bapa perlu tahu tanggung jawab untuk mendidik anak-anak mengenalkan dirinya kepada Allah SWT dan rasul-Nya.

Seperti kisah yang pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar al Khattab, menunjukkan besarnya peranan mendidik anak. Riwayat masyhur itu bermula apabila seorang lelaki mengadukan hal anaknya yang derhaka. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya.

Anak itu menjawab,

"Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?"

Umar menjawab: "Ya." Dia bertanya lagi, "Apakah ia wahai Amirul Mukminin?"

Jawab Umar, "Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran)."

Anak itu berkata:

"Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara itu. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan 'Ju'olan' iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf daripada al-Quran".

Umar lantas berkata kepada lelaki itu,

"Kamu datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."

Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya.

Jika anak-anak terdidik dengan adanya ilmu keagamaan dari kecil, berlandaskan Al-Qur’an dan hadith, sirah Rasulullah SAW dan sahabatnya, tidak mustahil anak-anak akan menjadi ibu bapa yang hebat kelak. Anak lelaki perlu tahu tanggung jawabnya menjadi anak lelaki, malah suami. Anak perempuan juga perlu tahu tanggung jawabnya menjadi anak perempuan, malah isteri juga.

Jadi, berhati-hati dalam mendidik anak-anak!

Berikan kasih sayang sepenuhnya bukan bermaksud memberi keselesaan yang melampau sehingga anak-anak menjadi manja dan sukar untuk berdikari. Akan tetapi, ibu bapa perlu tahu cara untuk memindahkan rasa cinta dan kasih sayang melalui lisan, perbuatan supaya tersemat di dalam hati anak-anak.

Memang tidak dapat dinafikan, kadang-kadang ibu bapa tertekan dengan hidup sehingga tidak sedar melemapiaskan kemarahan pada anak-anak. Tidak mudah. Maka, apabila terjadinya situasi sebegini cepat-cepat meminta maaf pada anak-anak. Jangan kedekut dengan ungkapan maaf pada anak-anak supaya mereka tahu betapa berharganya ungkapan maaf itu.

Ia juga akan menjurus anak-anak akan mudah mengungkap kata-kata maaf jika melakukan kesilapan.

Tidaklah nanti selepas kahwin, menjadi terlalu ego dengan pasangan untuk mengungkap kata maaf, apatah lagi mengungkap ucapan terima kasih.

Ingat! Anak adalah cermin dan pantulan daripada pelakuan ibu bapanya. Setiap yang terzahir daripada sifat dan tabiat anak seharusnya menjadi musabab buat ibu bapa dan bukannya modal melempiaskan marah.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen