"Suami-Suami Kena Peka Dan Ambil Serius Apa Isteri Cakap, Barulah Faham Isi Hati Isteri..."

 

Bila ditanya katanya tiada apa, bila ditanya lagi katanya okay sahaja tapi bila lihat riak wajahnya tidak seperti yang keluar dari mulutnya, itulah yang sering berlaku apabila seorang suami cuba bertanya kepada isterinya jika lihat wajah dan kelakuan isteri tidak seperti biasa. Dan itu jugalah jawapan yang akan diberikan oleh isteri apabila suaminya bertanya.

Telah menjadi lumrah wanita lebih suka memendam berbanding meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati mereka. Perkara sebegini biasanya akan menjadi cabaran buat suami untuk memahami setiap kata isterinya.

Tapi apabila suami tidak mampu untuk memahami atau peka terhadap kata-kata itu, maka akan timbullah salah faham dalam hubungan suami isteri. Sebab itulah menurut saudara Azlan Noor ini, suami perlu peka dan ambil serius terhadap perkara yang isteri katakan.

Ikuti perkongsiannya agar suami lebih mudah untuk memahami kata-kata isteri.



Malam tu, baby kecil tak boleh tidur. Surihati minta saya dodoikan. Barangkali dia mengantuk sangat, tu yang merengek tak boleh tidur tu.

Masa saya dukung dan tepuk-tepuk tu, dia mengadu,

"Sakit pinggang la Pa.."

Dah tepuk-tepuk dodoi dodoi pun, baby tetap tak mahu tidur. Saya bagi semula kepada Mamanya. Dapat sahaja puting susu cap gantung terus senyap. Ajaib betul.

Tak fikir banyak, saya terus capai botol minyak urut atas almari baju anak. Titis dua tiga titik atas tapak tangan. Saya naik ke katil dan bersila di belakang Surihati. Saya selak baju bahagian belakang dia dan gosok minyak urut tadi di pinggangnya.

"Sakit kat sini ke Ma?"

Sambil tekan-tekan saya cuba pastikan betul tempat diurut tu dan fokus tempat yang diminta tadi. Saya urut kedua bahu kiri dan kanan. Membawa ke celah tulang kipas. Sikit-sikit mengaduh sambil sendawa keluar angin kelegaan.

Hinggalah dia cakap ok, saya berhenti.

Saya faham sangat.

Bila ada baby kecil memang tak boleh berenggang. Nak menyusu. Nak dodoi sampai lena. Malam kalau tak cukup 2, 3 kali bangun menyusu lagi, tak sah.

Belum lagi jenis yang 24 jam nak berdukung je. Sebab tu lah ibu ibu yang ada baby kecil senang sangat kena sakit pinggang.

Cuma kadang-kadang isteri ni pantang bagi ayat direct. Dia nak suami sendiri faham. So dia bagilah ayat kiasan cakap sakit pinggang, sakit kaki, sakit tumit macam tu. Juga nak tahu kita ni alert ke tak.

Bila isteri cakap sakit kat mana-mana, sebenarnya dia nak suami urut dan picit.

Sebab tu bila Surihati cakap sakit yang saya rasa disebabkan oleh jaga anak, saya tak banyak soal. Tak tanya rasa sakit macam mana, sakit sikit ke kuat. Saya terus buat apa yang kita sebagai suami boleh buat.

                    

Sebetulnya, tak susah pun nak faham ayat kiasan isteri ni. Suami hanya perlu PEKA dan AMBIL SERIUS apa yang mereka cakap. Itu sahaja.

Sebab, saya pernah alami dulu. Excited dia cerita kat saya,

"Pa, tengok ni. Bestkan kawan Mama ni. Dia gi holiday kat Europe."

Tapi saya selamba je jawab, "Dia banyak duit boleh la."

Lepas je cakap tu, terus Surihati marah-marah. Cakap kita tak sporting. Tak ambil port apa dia tengah cerita. Dah la blurr tetiba kena marah. Tak pasal-pasal pulak gaduh manja. Nak pujuk dah satu hal. Dah la lelaki ni fail bab pujuk memujuk.

Bila muhasabah balik,

Rupanya dia nak cerita yang seronok kalau kita pun sama-sama boleh pergi berjalan. Tak pergi Eropah pun tak pe. Bawa anak-anak berjalan. Tukar angin tidur kat hotel. Tengok view cantik sambil bergambar kenangan. Itu je.

So bila dah faham bahasa kiasan ni, dah kurang la sikit gaduh-gaduh manja ni. Haha.

So kita sebagai suami kena faham maksud yang isteri nak sampaikan. Jangan terus 'matikan hujah' atau 'jatuh hukum' on the spot. Cuba amalkan lima langkah ni,

1. Dengar dengan teliti apa yang isteri sampaikan atau cerita. Kalau tengah tengok fon, tengok tv atau baca buku, alihkan muka mengadap muka isteri.

2. Dah faham apa topik perbualan, kita tanya soalan yang tunjukkan kita ni berminat dengan topik tu. Ingat, jangan terus pancung untuk tutup kes.

3. Ingat setiap butir perbualan dengan pasangan tadi. Sebab akan ada second round atau third round. Kalau dia tanya soalan maut macam 'ingat tak sayang tanya hari tu' ke, 'yang sayang cerita hari tu' ke, bila jawab tak ingat, mendapatlah kena ignored secara tiba-tiba.

4. Jaga cara berkomunikasi dengan pasangan. Biar nampak kita layan mereka dengan ikhlas dan jujur. Bukan dengan niat sekadar nak tutup mulut, sekadar tak nak dia membebel, atau sekadar nak jaga hati.

5. Skil komunikasi ni bukan sekali sekala je kena buat. Perlu setiap kali kita berbual dengan Isteri. Nak master skil ni perlukan latihan. Walau dah kahwin 10 tahun sekalipun, kalau tak pernah nak berbual elok dengan isteri, jangan harap la boleh terus dapat skil ni. Practice make perfect.

Ambil peluang berbual dengan isteri ni sebagai satu cara nak faham isi hati, perangai dan sifat pasangan kita. Jangan rasa terbeban sebab kita dah ikrar nak bawa dia masuk dalam hidup kita.

Jangan sampai masa kita spend di fb atau insta lebih lama berbanding masa berbual dengan isteri. Kecuali memang kau berkahwin dengan medsos tu.

Satu lagi,

Boleh jadi, jawapan kepada soalan acah-acah misteri teragung,

"Nak makan kat mana?"

Yang katanya isteri susah sangat nak jawab tu, dah lama dah isteri jawab. Tapi kita je yang tak perasan.
Kan?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen