Betul Ke Mood Isteri Bergantung Dari Sikap Suami? Jom Baca.

 

Menjadi sebagai kaum wanita sentiasa merasakan hidup seolah-olah merumitkan. Segala perkara kecil dan remeh pasti diambil peduli, tidak seperti kaum lelaki yang mudah melupakan perkara yang tidak penting darinya. Disebabkan situasi begini, kaum wanita kelihatan lebih tabah dan kuat berbanding lelaki yang menjadi kurang sabar sekiranya tidak dapat fokus pada satu perkara.

Itulah perbezaaan lelaki dan wanita.

Berkenaan dengan isu rumah tangga pula, apabila hidup berpasangan, suami isteri perlu hidup saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain. Permainan emosi sangat penting dalam resipi perkahwinan, walaupun si suami merasakan ianya tidak penting. Namun, jika tersilap percaturan dalam mengendalikan persengketaan pasti akan menemui jalan perpisahan.

Oleh yang sedemikian, seperti yang kita tahu suami adalah pemimpin keluarga. Semua yang dilakukan oleh pemimpin, akan dicontohi dan diteladani oleh isteri dan anak-anak.

Suami yang membentuk isteri untuk menjadi acuan yang bagaimana?

Jika mahu membentuk isteri yang solehah, bentuklah isteri pada acuan yang betul.

MAHU ISTERI BANGUN AWAL PADA WAKTU PAGI?

Suami yang perlu bangun terlebih awal kerana ia mampu mempengaruhi emosi si isteri. Ketika di awal perkahwinan dan masih belum menimang cahaya mata, memang mampulah si isteri untuk mengejutkan suami solat subuh. Andai kata sesudah memiliki beberapa orang anak, adakah mampu si isteri untuk mengejutkan si suami yang lena dibuai mimpi?

Apabila isteri sudah berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat, berilah keselesaan pada si isteri dengan bangun di awal pagi, malah sediakan juga sarapan untuk isteri dan anak-anak. Percayalah, ia mampu memberi kesan yang sangat positif pada isteri kelak.

MAHU ISTERI SENTIASA SENYUM, SOPAN-SANTUN SEPERTI DI AWAL PERKENALAN?

Suami yang perlu memberi perhatian kepada si isteri, kemudian si isteri akan mengikut rentak suaminya. Kerana ada sebahagian daripada para isteri merasakan, jika suaminya kelihatan tertekan pulang dari pejabat, takut untuk menegur kerana takut dimarahi dan ditengking. Jadi, bagaimana si isteri mahu bermanis muka?

Nanti kalau isteri senyum, dikatakan isteri seperti tidak boleh membaca masalahnya.

Nanti kalau isteri senyap pula, dikatakan isteri tidak pandai melayannya.

Jangan buat isteri menjadi bercelaru sehingga mempersoalkan kenapa isteri menjadi garang setelah berkahwin.

MAHU ISTERI SENTIASA MENDENGAR DAN BERTENTANG MATA?

Suami janganlah leka bermain dengan telefon bimbit. Jangan leka bermain game sehingga terabai keluarga tersayang. Sebelum tidur pun, jangan asyik melihat whatsapp group. Lihat dan tatap wajah isteri anda selalu, pasti isteri akan sentiasa mendengar masalah suami dan mahu bertentangan mata setiap hari.

Kalau dah suami leka bermain dengan telefon bimbit, tidak hairan senyuman isteri kian pudar, mata semakin redup, nak dengar masalah suami pun macam nak tak nak.

MAHU ISTERI MENGEMAS RUMAH?

Suami mulakan dulu dengan aktiviti kecil dan mudah seperti melipat selimut usai bangun dari tidur. Bila isteri lihat katil kemas pada waktu pagi, pasti bersemangat isteri untuk melakukan kerja rumah yang lain. Si isteri sangat menghormati sekiranya si suami berdisiplin melakukan apa jua perkara. Bahkan, rasa sangat dihargai kemudian akan tahu mencari cara untuk menghargai suaminya nanti.

Semoga Jadi Suami Yang Dihormati Dan Disanjungi Isteri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen