“Ada Sebab Kenapa Mak Bising Suruh Simpan Duit, Walaupun Belum Ada Calon Lagi..”

 

Majoriti anak muda ketika zaman bujang kurang kesedaran untuk menyimpan wang kerana merasakan tiada pentingnya untuk merancang kewangan. Apatah lagi nak simpan untuk berkahwin pula, tiada dalam senarai langsung. Pada waktu daya tenaga yang banyak, mata masih boleh melihat dengan jelas, semuanya disia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Duit dihabiskan dengan melulu tanpa memikirkan masa depan.

“Calon pun tak ada mak, buat apa nak simpan untuk kahwin…”

Oleh sebab itu, rata-rata anak muda zaman sekarang merungut dan sentap memikirkan hal kahwin tetapi tiada duit. Semua duit habis dibelanjakan untuk kepentingan diri. Tiba-tiba dah terjumpa jodoh, tapi tiada duit nak kahwin pula. Kemudian couple dengan jangka masa yang lama, membuatkan si dia bosan menunggu dan mencari seseorang yang lebih stabil. Tipikal dan normal.

Kalau mak bising suruh simpan duit tu, adalah kebaikannya…

1. Untuk mendidik diri menjadi lebih bertanggungjawab.

Mak minta tolong basuh baju, liat!

Mak minta tolong lipat baju, mengantuk!

Mak minta tolong basuh pinggan lepas makan, penat!

Jadi, sekurang-kurangnya dengarlah cakap ibu anda lebih-lebih lagi berkenaan dengan menyimpan wang. Walaupun tak ada calon nak kahwin sekali pun, simpanlah wang terlebih dahulu. Sebenarnya ibu anda mahu melihat, sejauh mana anda bertanggungjawab dengan kehidupan sendiri. Mahu ditanggung oleh ibu bapa sampai bila? Asyik minta duit belanja pada ibu, padahal sudah pun bekerja.

Jadi, daripada sini akan mendidik anda menjadi lebih bertanggungjawab di atas komitmen. Nanti dah kahwin tak ada lah nak pinjam duit ibu bapa pula.

2. Untuk mendidik diri merancang kewangan lebih awal.

Merancang kewangan lebih awal ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Anda sendiri tidak tahu berapa lama lagi ibu bapa anda akan sentiasa berada disisi. Anda sendiri pun tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh sebab itu, perangan kewangan yang awal akan menjamin masa hadapan yang cerah.

3. Untuk mendidik diri mempunyai matlamat dalam jangka masa yang panjang.

Menyimpan wang untuk berkahwin juga, secara tidak langsung membuatkan seseorang mampu untuk berfikir dalam jangka masa yang panjang. Semua yang dilakukan adalah untuk masa hadapan, bukannya untuk masa terdekat, tetapi tiada manfaat. Nanti apabila sudah berkahwin, ia juga dapat mendidik anda untuk merancang keluarga dan sebagainya.

4. Untuk mendidik diri menjadi lebih berdikari.

Dan apabila diri sudah menjadi lebih bertanggungjawab, adanya simpanan duit pada usia yang muda, dan boleh berfikiran untuk jangka masa yang lama, ia akan mendidik anda untuk menjadi lebih berdikari. Apabila anda boleh berdikari, secara tidak langsung ibu bapa anda akan ada kepercayaan pada diri anda kelak.

Apabila ada kepercayaan tersebut, pasti ibu bapa bagi green light untuk berkahwin dan berasa tidak berat untuk melepaskan anaknya berkahwin.

Dengarlah Nasihat Ibu Bapa Anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen