Jangan Tak Percaya, 5 Bahan Ini Mampu Cerahkan Ketiak Anda.

 

Kulit ketiak boleh menghitam akibat tabiat mencukur dan penggunaan deodorant, ia boleh mengganggu penampilan anda terutama jika hendak mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Walaupun anda miliki kulit yang cerah atau putih, tapi jika celah lengan anda ini berwarna agak gelap pasti akan menimbulkan rasa malu.

Pasti ada yang telah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih segera dan berkesan, tapi ia akan menggunakan sejumlah wang yang banyak. Jangan risau, anda boleh guna lima bahan ini yang boleh anda dapati di dapur rumah anda. Jom cuba.



1. Air mawar.

                        

Kandungan air mawar mampu mencerahkan, menenangkan, melembapkan dan mengimbangi pH kulit. Gunakan kapas untuk mencuci ketiak, kemudian biarkan selama 5 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Rutin penggunaan harian akan membantu mencerahkan kulit ketiak dengan ketara.

2. Minyak Zaitun

                        

Campur minyak zaitun dengan gula pasir lalu gunakan untuk scrub kulit ketiak anda. Kedua bahan tersebut akan berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati yang membuatnya hitam, sekaligus menjadikannya lebih cerah.


3. Aloe vera.

                        

Aloe vera memiliki zat bernama aloesin yang mampu menyingkir enzim penyebab pigmentasi kulit. Dengan demikian, kulit ketiak takkan menghitam.

4. Kunyit.

                       

Seperti pada wajah, kunyit juga bisa mencerahkan kulit ketiak anda. Caranya, campurkan perasan lemon pada parutan kunyit hingga sebati , lalu letakkan di ketiak seperti masker. Diamkan 30 minit baru bersihkan dengan air.

5. Kentang.

                         

Siapa sangka kentang mampu cerahkan kulit ketiak yang menghitam? Parut setengah butir kentang yang telah dikupas, cuci bersih dengan air lalu sapu ke kulit ketiak. Biarkan 10 minit baru bilas. Untuk kesan yang cepat lakukan 3 kali seminggu.

Selamat mencuba!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen