8 Sebab Isteri Tidak Ngam Dengan Ibu Mertua. Suami Mesti Ambil Tahu!

 

Memiliki rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Ia akan menjadi rumit sekiranya terdapat masalah dalam hubungan pernikahan, terutama hubungan kurang harmoni antara menantu perempuan dan ibu mertua. Entri kali ini berkongsikan 8 sebab mengapa isteri tidak boleh ngam dengan ibu mertua.



1. Terlalu sensitif.

Tidak kiralah berapa modennya ibu mertua, pastinya mereka inginkan menantu yang memiliki standard yang sesuai dengan dirinya. Misalnya kepada menantu perempuan, mertua menginginkan mereka dapat menguruskan rumah tangga, menjaga kebersihan rumah, mengasuh anak-anak dengan baik dan membuat masakan tertentu dengan enak. Ini adalah salah satu alasan mengapa si isteri kurang menyukai ibu mertua adalah kerana mereka saling tidak bersependapat.

2. Kecewa.

Mengenali dan menjadi mesra dengan ibu mertua memang mengambil masa yang agak lama, terutama jika anda baru sahaja bernikah. Rata-rata menantu perempuan menantikan sambutan hangat dengan tangan terbuka ketika masuk ke rumah keluaraga si suami. Namun, ketika dia tidak mendapatkan apa yang diduga sebelumnya, dia akan berasa kecewa. Ini merupakan salah satu alasan si isteri tidak akrab dengan ibu mertua.



3. Bercanggah pendapat.

Salah satu sebab si isteri kurang menyukai si ibu mertua adalah kerana ibu mertua tidak pernah menerima keputusannya. Dia mungkin kesal dengan ibu mertuanya kerana berasa tidak tertarik dengan prestasi yang telah dilakukan. Si isteri akan berasa tersinggung dengan perbandingan yang dibuat oleh ibu mertua. Contohnya membandingkan masakan dengan menantu perempuan yang lain.

4. Merasa diabaikan.

Ada kalanya, si isteri merasakan dirinya seolah-olah diabaikan oleh ibu mertua. Contohnya apabila ada perjumpaan keluarga, si isteri merasakan bahawa dia tidak dipedulikan dan merasa diabaikan oleh mertua. Perkara ini boleh menyebabkan permasalahan dalam rumah tangga kelak.

5. Berbicara mengenai bekas kekasih.

Mertua sering membicarakan dan mengingatkan mengenai bekas kekasih si suami. Sering menceritakan kebaikan bekas kekasih di depan si isteri. Selain itu, mertua sering bercerita mengenai kisah cahaya mata dan zuriat bekas kekasih di depan si isteri dengan niat untuk menyindir.



6. Bercakap mengenai imej.

Salah satu sebab si isteri tidak rapat dengan ibu mertua adalah kerana si mertua sering bercakap mengenai penampilan si isteri. Contohnya, menegur dengan kerap mengenai masalah berat badan yang dihadapi. Selain itu, si mertua sering mengomel mengenai pakaian yang si isteri pakai dan sentiasa bercakap negatif mengenai penampilan si isteri.

7. Sering memberi nasihat.

Si isteri mungkin tidak menyukai dengan nasihat yang selalu diberikan oleh ibu mertua. Mulai dari cara memasak, cara mengurus anak hingga cara berdandan. Kadangkala, si isteri bukan tidak menyukai tentang mnasihat tersebut, tetapi jika terlalu kerap dan berkali-kali, ia akan membuatkan si isteri merasa kesal dan letih.

8. Tidak menghargai pemberian.

Setiap kali si isteri membelikan sesuatu sebagai hadiah atau buah dan si ibu pula tidak pernah menggunakannya. Bagi perempuan, jika sesorang sukakan sesuatu pemberian itu haruslah dengan cara memakainya. Tapi ada sesetengah ibu mertua, apabila dia sukakan sesuatu dia sayang untuk menggunakannya. Lebih baik simpan tanda sangat menyukainya. Cuba sesekali suami meminta ibunya untuk menggunakan barang pemberian oleh isteri dihadapannya. Sekurang-kurangnya isteri akan rasa dihargai tidaklah nanti dia tak mahu belikan apa-apa tanda sudah berkecil hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen