5 Tips Kewangan Selepas Berkahwin.

 

Bijak dalam menguruskan kewangan selepas berkahwin adalah perkara yang amat penting dalam hidup setiap pasangan. Adakah anda mempunyai simpanan yang banyak selepas majlis diadakan? Persoalan ini seringkali mengganggu fikiran pasangan pengantin mengenai bagaimana untuk memiliki tahap kewangan yang stabil selepas berkahwin. Rata-rata pasangan selepas berkahwin akan berasa sedikit tertekan akibat pengurangan wang simpanan untuk kehidupan seterusnya selepas berkahwin. Berikut merupakan tips menyimpan untuk kehidupan selepas berkahwin.



Tip 1.

Tinjauan yang efektif adalah langkah terbaik untuk penjimatan kewangan dari segi kos penginapan yang murah tetapi selesa buat anda berdua. Perlu diingati bahawa menabung adalah jalan terbaik untuk menyimpan wang sebelum berkahwin. Kini bukan lagi persaraan bujang, tetapi berdua bersama pasangan tersayang.

Tip 2.

Semasa anda mula menyimpan wang untuk perkahwinan, simpanlah juga sejumlah wang untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti anda dan pasangan akan hidup selesa dan bahagia sekiranya aktiviti bulan madu dapat diteruskan selepas majlis tanpa menangguhkannya akibat masalah kewangan.



Tip 3.

Simpanan kewangan yang kukuh amat perlu bagi kedua-dua belah pihak agar anda berdua berbahagia menikmati hari-hari sebagai pengantin baru. Mulakanlah simpanan sebelum berkahwin untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti perasaan sesalan tidak wujud dalam nota hidup anda.

Tip 4.

Setkan perbelanjaan sehari yang akan digunakan untuk makan, parking, dan tol untuk ke tempat kerja. Jangan melebihi had yang telah ditetapkan Sebagai contoh sehari anda perlu belanja sebanyak RM20. Maka, biasakan diri untuk tidak boros dan belanja berlebihan had. Di saat ini, anda akan mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan selepas berkahwin.



Tip 5.

Sekiranya anda ingin berkahwin, setahun atau tiga tahun sebelum majlis, simpanlah wang di bank pilihan. Tetapi jangan menyimpan di bank yang di mana gaji bulanan anda diterima. Ini untuk mengelakkan daripada terguna wang simpanan untuk berkahwin. Disamping itu, bukalah satu akaun bank yang lain untuk simpanan wang di masa hadapan iaitu untuk keluarga selepas anda menjadi pasangan bahagia.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen