Haid Tidak Datang Untuk Jangka Masa Yang Lama Tapi Tidak Hamil, Ia Akan Beri Kesan Kepada Tulang Anda.

 

Menjadi kebimbangan buat kaum wanita apabila haid tidak datang seperti biasa. Jika haid datang lewat beberapa hari itu adalah perkara biasa, yang timbul kebimbangan adalah haid tidak datang untuk beberapa bulan. Bukan wanita yang belum berkahwin sahaja bimbang, yang sudah berkahwin juga pasti timbul perasaan yang sama.

Nak-nak lagi pada ketika ini anda sedang menunggu cahaya mata, pasti perasaan itu akan mula bercampur baur. Tapi yang lebih pelik lagi adalah apabila anda melakukan urine pregnancy test (UPT) menunjukkan tanda negatif.

Berdasarkan perkongsian Poliklinik Az-Zaara, simptom sebegini adalah masalah kesihatan, adalah lebih baik jika anda segera mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.



                        

Takde period dah lama, tapi check UPT negative. Kenapa?

Period yang tak datang atau dipanggil Amenorrhea adalah satu simptom akibat pelbagai jenis masalah kesihatan.

Secara umum ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tak pernah datang period)

2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)

Primary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period.

Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.

Yang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period dah takde.

Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.

                     

Selain itu, masalah perubatan lain seperti:

- Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)

- Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumor

- Premature ovarian failure

- Asherman's Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran).

juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.

Selain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti

- emosional atau fizikal stress yang melampau

- berat badan yang turun mendadak

- sedang mengalami penyakit yang teruk

Amenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.

Ada kesan tak jika amenorrhea ni berpanjangan?

Seorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.

Jadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.

Semoga bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen