10 Idea Permainan Secara DIY Buat Anak-Anak Anda, Sememangnya Menjimatkan.

 

Dalam keadaan yang serba mahal ini, pasti ramai ibu bapa mula membajetkan setiap pembelian yang boleh menjurus ke arah pembaziran. Nak-nak lagi jika barang itu akan memiliki harga yang mahal tapi tidak mempunyai kekukuhan yang utuh. Bukan hanya itu sahaja, kadang kala barang yang sekecil itu mahal harganya berbanding barang keperluan harian.

Sebab itulah jika bab-bab permainan anak-anak ini, banyak ibu bapa akan membuat kira-kira terlebih dahulu sebelum membeli. Mana tidaknya, anak-anak ini mudah bosan, dah tak nak nanti mahukan yang baru. Pastilah ibu bapa merasakan perkara itu pembaziran.

Untuk mengelakkan perkara seperti pembaziran ini berlaku, apa kata cuba menggunakan idea kreatif anda dengan DIY sendiri permainan anak-anak ini. Apa yang lebih menariknya adalah anda menggunakan bahan kitar semula yang sememangnya menjimatkan.

Tak tahu permainan apa yang boleh anda buat sendiri? Berikut adalah idea DIY permainan kanak-kanak yang boleh anda tiru.



1. Kedai Serbaneka

                         

Proses untuk menghasilkan sebuah kedai ini agak melecehkan memandangkan memerlukan masa yang lama untuk mendekorasi. Namun, perasaan penat itu terus lenyap apabila telah tengok hasilnya.

Tambahkan aksesori pada kedai tersebut seperti kaunter pembayaran dan buah-buahan supaya anak-anak boleh bermain olok-olok menjadi penjual dan pembeli juga.

2. Lapangan Terbang

                      

Tambahkan aksesori walkie talkie untuk anak bermain olok-olok sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi anak dan memberi gambaran awal tentang bagaimana tugasan mereka yang bekerja di lapangan terbang.

3. Trek Kereta

                         

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, idea mereka cipta sebuah trek kereta pasti dapat mengujakan anak mereka. Dengan hanya menggunakan kotak terpakai, reka satu trek kereta yang besar supaya dapat memberi kepuasan kepada anak-anak untuk bermain dengan koleksi kereta yang banyak itu ?

Adalah lebih baik jika trek kereta itu dibiarkan kosong tanpa aksesori supaya anak-anak bebas untuk mereka sendiri landskap di atas trek kereta tersebut. Proses ini dapat menggalakkan anak-anak untuk berimaginasi dan berkreativiti sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

4. Mini Zoo

                       

Bagi anak-anak yang sukakan haiwan, projek mini zoo ini pasti mengujakan. Proses mereka cipta ini akan lebih signifikan jika dilakukan selepas membawa anak-anak melawat zoo yang sebenar.

Ibu bapa boleh galakkan anak-anak untuk mengingati kembali nama-nama haiwan yang terdapat di zoo tersebut.

Secara tidak langsung dapat menguji daya memori mereka dan menambah kosa kata akan jenis-jenis haiwan. Ibu bapa juga boleh menerangkan dengan lebih terperinci akan habitat, nama saintifik atau ciri fizikal yang terdapat pada haiwan kepada anak-anak.

Sudah pasti akan meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang pelbagai hidupan.

5. Tapak Pembinaan

                       

Anak-anak pasti leka dengan rekaan tapak pembinaan ini. Kemahiran motor halus mereka turut dirangsang seperti memasukkan guli ke dalam botol, corong dan penimbang.

Ajarkan anak juga asas matematik seperti penimbang mana yang lebih berat atau ringan serta mengira bersama-sama jumlah guli yang telah dimasukkan ke dalam botol. Seronokkan? ?

6. Water Wall

                       

Pelbagai konsep asas sains boleh diperkenalkan kepada anak-anak dengan satu rekaan water wall ini seperti daya graviti, tekanan rendah dan tinggi.

Mereka pasti seronok bermain air dan mencuba pelbagai fungsi alatan seperti membuka dan menutup pili air. Sedikit pewarna makanan biru juga boleh diletakkan supaya anak-anak lebih jelas melihat air itu mengalir.

7. Sistem Solar

                       

Anak anda minat dengan sains? Ini salah satu cara untuk mereka belajar tentang sistem solar dengan cara yang seronok. Proses mewarna planet-planet pun sudah cukup menyeronokkan. Tiada kanak-kanak yang tidak suka dengan messy play seperti ini.

Buatkan orbit dan cucukkan planet yang telah diwarnakan tadi dengan batang aiskrim. Beri peluang kepada anak-anak untuk menggerakkan planet tersebut. Proses ini dapat memberi kefahaman kepada anak-anak bagaimana planet-planet di angkasa menggelilingi matahari.

8. Perhentian Rehat & Rawat

                        

Jika balik kampung pasti banyak Perhentian Rehat & Rawat yang disinggahi oleh keluarga. Apa kata kita ajak anak-anak untuk mereka satu perhentian dan beri peluang kepada mereka untuk memberi cadangan dan idea. Antara premis yang menjadi pilihan sudah pasti KFC, MCD dan tapak permainan kanak-kanak.

9. Bandar Mini

                     

Ingin bermain olok-olok sebagai Datuk Bandar? Inilah masanya untuk anak berimaginasi untuk mereka sendiri bandar idaman mereka. Pelbagai idea menarik akan dicadangkan anak-anak untuk membina bandar mini mereka sendiri seperti zoo, kolam renang, bank dan pelbagai lagi.

10. Dapur

                    

Anak-anak memang suka ‘membantu’ ibunya di dapur bukan? Kalau boleh semua nak dipotongnya?. Oleh itu, reka satu dapur mini untuk mereka yang secara tidak langsung mereka boleh bermain olok-olok memasak sendiri di dapur. Tambahkan aksesori seperti mainan plastik ayam, ikan dan sayur-sayuran untuk menjadikan permainan itu lebih menarik lagi.

Selamat mencuba dan berkreativiti bersama anak-anak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen