“Terlebih Hormon Wanita Akan Menyebabkan Anda Sering Meroyan…” Jom Lihat Tanda-Tanda Anda Terlebih Hormon Estrogen.

 

Sering meluahkan perasaan, bercakap tanpa henti dan suka bertindak tanpa berfikir sering kali dikaitkan dengan kaum wanita. Ini kerana ia adalah lumrah ciptaan wanita dimana terdapat hormon estrogen di dalam tubuh badannya yang berbeza dengan kaum lelaki. Dan oleh kerana hormon ini juga yang membuatkan kaum wanita sering beremosi ketika bergaduh dengan pasangannya. Jadi, sebagai kaum lelaki perlulah bersabar.

Namun, apabila hormon estrogen anda berlebihan ia akan menyebabkan…

1. Rasa Sakit Dan Bengkak Payudara .

Memang hal ini lazim berlaku pada wanita terutamanya buat wanita hamil dan yang sedang datang haid. Namun jika ianya berterusan dan payudara sakit tanpa sebab, ia mungkin kerana jumlah Estrogen dalam tubuh sudah berlebihan.

2. Meroyan.

Mood anda sering berubah-ubah, kadang-kadang marah, kadang-kadang sedih pula. Kemudian tiba-tiba menangis, sedih, mengamuk kemudian diam tanpa berbicara. Perubahan mood yang mendadak ini juga menandakan tubuh anda mengandungi hormon estrogen yang berlebihan dan memberi impak terhadap mental kaum wanita.

3. Buah Dada “Berbuku”.

Terasa wujud benjol-benjol kecil dalam payudara saat kamu memicitnya? Itu mungkin petanda jumlah Estrogen sudah berlebihan. Jangan malu untuk berjumpa pakar atau doktor dalam masa terdekat bagi mengesahkan yang kamu bebas kanser!

4. Keguguran Rambut Secara Keterlaluan.

Keguguran rambut tidak terkecuali menyerang kaum lelaki sehingga menyebabkan bahagian-bahagian kepala mereka gondol dan itu dianggap normal. Namun, andai wanita yang keguguran rambut secara melampau (lebih banyak dari jumlah keguguran biasa iaitu 50-100 helai setiap hari), itu sebenarnya sudah mencapai tahap kritikal dan ia menandakan hormon Estrogen adalah berlebihan.

5. Gemuk Tanpa Makan.

Berdiet dan jaga pemakanan tapi berat badan naik tanpa alasan logik? Boleh lihat pula bahagian pinggul anda semakin melebar, perut membuncit dan dipenuhi lemak seolah-olah anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat walaupun sebenarnya anda langsung tidak kuat makan! Itu adalah tanda Estrogen terlebih.

6. Kitaran Haid Tidak Menentu.

Kitaran haid yang tepat pada tanggalnya menjadi petanda bahawa seseorang wanita itu sihat dan normal, namun andai kata ianya hadir dalam keadaan yang tidak teratur apa puncanya? Harus tahu bahawa kitaran haid dipengaruhi oleh hormon dalam badan justeru jika haid anda tidak teratur, ia mungkin kerana hormon Estrogen yang berlebihan.

7. Sentiasa Penat!

Pekerjaan dan rutin harian anda sama sahaja tapi mengapa sejak akhir-akhir ini badan cepat letih? Baik pergi periksa keadaan dan kadar Estrogen dalam badan anda.

8. Kesukaran Untuk Tidur Malam.

Kandungan hormon Estrogen yang terlebih juga boleh menyebabkan anda mengalami waktu tidur yang sukar. Hati-hati jika rutin tidur anda berubah-ubah.

Jika Berlarutan Sehingga Memudaratkan, Lebih Elok Anda Jumpa Dengan Doktor!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen