Ketua Keluarga Wajib Ada Income Protection, Demi Masa Depan Anak-Anak.

 

Sesiapa sahaja pastinya perlukan income protection, terutama jika anda miliki sebuah keluarga yang perlu dilindungi. Dalam sebuah keluarga, ayah atau bapa adalah orang yang perlu miliki income protection ini. Bukan apa, anda adalah ketua keluarga anda perlu lindungi anak-anak, isteri dan tak lupa ibu bapa anda juga.

Jangan pandang remeh akan income protection ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Buatnya kita yang pergi dahulu, siapa yang akan membantu isteri dan anak-anak kita nanti. Mungkin ramai yang menganggapnya ia adalah hal yang remeh tapi kalau anda laluinya pasti akan anda rasa bertapa pentingnya perkara ini.

Berdasarkan saudara Harith Faisal, terdapat 4 sebab seorang suami atau bapa wajib ada income protection ini, demi masa depan anak-anak serta pinjaman yang telah dibuat oleh dirinya.



4 Sebab Utama Kenapa Suami Wajib Ada Income Protection.

Kau WAJIB tahu pasal income protection ni!! Lagi-lagi kalau kau adalah seorang suami dan seorang ayah, memang kena ada INCOME PROTECTION.

1. Suami penyumbang utama pendapatan keluarga.

Kau kena sedar yang kau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga kau. Income protection ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum kau mati. Boleh?

2. Suami paling banyak hutang.

Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat kau, macam mana isteri kau nak bayar hutang-hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.

3. Suami adalah ketua keluarga.

Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga kau sendiri. Kau kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri kau? Okaylah tu. Kalau kau pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang kau nak bagi kat isteri kau buat belanja?

4. Sediakan dana pendidikan anak.

Bila kau dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau kau ada income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak kau. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang kau tinggalkan tu.

                                 

Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.

Ramai kawan-kawan yang saya jumpa dah tersilap ambil life takaful sebagai income protection. Tersilap ni maksudnya pampasan yang dia atau keluarga dia akan dapat nanti sangat sikit berbanding keperluan yang sepatutnya.

Pampasan yang ideal bila berlaku hilang upaya menyeluruh (kekal) dan kematian adalah sama dengan 10 tahun gaji kita. Okay, saya bagi contoh untuk orang yang bergaji RM4,000.

RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000

Orang bergaji RM4,000 perlu ada takaful hayat (income protection) yang boleh bagi pampasan sebanyak RM480,000. Tapi ramai yang tak tahu benda ni. Ada yang bayar mahal, tapi pampasan bawah RM100K pun ada.

Memang sangat tak cukup. Kesian kat anak dan keluarga yang kita akan tinggalkan nanti. Padahal untuk dapatkan manfaat takaful yang tinggi macam kat bawah ni, tak perlu guna sampai 10% gaji pun.

Lelaki umur 30 tahun, tak sampai RM250 sebulan boleh dapat manfaat takaful macam kat bawah ni.

Perempuan umur 30 tahun, tak sampai RM200 sebulan boleh dapat manfaat takaful macam kat bawah ni.

Kematian Semulajadi:
✅ RM500,000

Hilang Upaya Menyeluruh Kekal:
✅ RM500,000

Kematian Akibat Kemalangan:
✅ RM1,000,000

Kematian Semasa Haji/Umrah:
✅ RM1,000,000

Kematian Kemalangan Public Conveyance:
✅ RM1,500,000

Kematian Bencana Alam:
✅ RM3,000,000

*Contoh yang diberikan adalah untuk lelaki dan perempuan yang berumur 30 tahun. Kalau lagi muda, lagi murah.

Semoga bermanfaat. Isteri pujuklah suami untuk buat income protection ni. Kalau suami tak mampu, kau buatkan dan bayarkan untuk dia. Isteri solehah gitu. Ha! - HF

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen