Antara Sebab Jana Pendapatan Dengan Menjahit Boleh Menguntungkan Para Isteri.

 

Pada masa kini, bukan mudah untuk memiliki kerja tetap dan mempunyai pendapatan yang bersesuaian dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Situasi sebegini membuatkan mereka yang telah berkahwin mengalami gaya hidup yang terhad dan hanya cukup-cukup makan sahaja. Oleh sebab itu ramai dikalangan mereka yang telah berkahwin membuat duit sampingan untuk menampung hidup berkeluarga.

Kalau tiada duit sampingan, berkemungkinan besar, perbelanjaan lebih besar dari pendapatan dimana ia adalah kewangan negatif. Kewangan negatif ini menandakan suami isteri tidak bijak mengawal perbelanjaan dan tiada perancangan untuk membuat simpanan.

Maka, duit sampingan lah yang membantu para suami dan isteri untuk menyara keluarga.pada masa kini, sebagai seorang isteri yang bekerjaya, sudah pasti tidak kisah untuk mencari rezeki bersama-sama dengan suami. Disamping mempunyai kemahiran memasak, menjahit juga boleh menjana pendapatan.

Antara sebab menjahit boleh menguntungkan para isteri kerana ada banyak pilihan seperti…

1. Untuk Alteration.

Membaik pulih atau pengubahsuaian pakaian banyak dilakukan oleh mereka yang mempunyai pekerjaan seperti ini kerana alteration lebih jimat jika perlu membeli barang baru. Malah, jika tukang jahit itu mempunyai kemahiran yang mampu membuatkan para pemakainya selesa, pasti akan mendapat sambutan. Antara alteration yang anda boleh buat adalah seperti:

  • Pakaian terkoyak,
  • Zip rosak,
  • Butang hilang (dan perlu diganti),
  • Baju baru yang tak fit, dan sebagainya.

2. Untuk banyak tempahan.

Jika anda sudah diberi kepercayaan untuk membuat alteration, pasti anda akan cuba untuk tingkatkan kemahiran dengan membuat pakaian pula. Apabila kemahiran sudah ditingkatkan, pasti ramai yang ingin menempah baju dari anda. Antara tempahan yang anda boleh buat adalah;

  • Baju melayu/baju kurung untuk hari perayaan.
  • Telekung.
  • Baju sekolah.

3. Untuk deko rumah.

Menjadi seorang yang kreatif, pasti minda anda mempunyai pelbagai idea  untuk menghias rumah. Dengan kemahiran menjahit juga, anda boleh cuba untuk menjahit:

  • Cadar.
  • Selimut.
  • Sarung bantal.
  • Alas meja.
  • Langsir.
  • Sarung botol air untuk kanak-kanak.
  • Bekas untuk barang alat tulis anak-anak.
  • Dan pelbagai barang hiasan lagi di rumah atau untuk anak-anak.

4. Untuk kelas menjahit.

Jika nama anda sudah dikenali orang ramai, atau meminta tolong dari anda untuk ajar mereka cara menjahit, buatlah kelas menjahit pula. Asal lebih dari 5 sehingga 10 orang sudah memadai.  Zaman sekarang nak buat kelas tutorial pun pasti ada bayaran kerana bukan mudah untuk memberi idea cara jahitan yang sesuai dengan sesuatu barang. Sama juga dengan kelas solekan, semuanya perlu bayaran.

Mudah sahaja untuk menjana pendapatan dengan menjahit sahaja. Asalkan berdisiplin dan minat untuk menghasilkan barang jahitan yang berkualiti dan disukai orang ramai. Kerja pun lebih fleksibel dan hanya boleh dilakukan di rumah sahaja. Disamping menjana pendapatan di rumah, dapat juga jaga anak-anak. Selamat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen