Sikap Clingy Atau Terlalu Bergantung Dalam Perhubungan Mengundang Bahaya.

 

Pernahkah anda menjalinkan hubungan yang sepertinya sangat salah dan sangat tidak selesa? Mungkin, bukan satu orang yang sudah mengatakan ada yang salah dengan hubungan anda. Salah satu tanda utama terjebak dalam hubungan yang salah adalah adanya rasa pergantungan yang berlebihan. Oleh sebab itu, penting diperhatikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang dan menghalang hubungan berkembang dengan sihat. Para pengkaji mengatakan bahawa pergantungan bersama adalah bentuk ketagihan sehingga dikenali juga sebagai “ketagih hubungan”. Sama juga seperti anak-anak yang terbiasa selalu bersama ibu bapa sejak kecil dan tidak boleh berdikari. Shawn Burn, PhD, seorang profesor psikologi di California State University berkata,



“Anak-anak sering diajar untuk menumpangkan keperluan mereka sendiri untuk menyenangkan orang tua yang sedang susah, dan perkara itu membuat mereka mempunyai pola lama untuk cuba mendapatkan cinta dan perhatian.

“Misalnya, selalu mendahulukan pasangan agar semakin dicintai, melupakan kebahagiaan diri demi pasangan, atau kesempatan yang lagi-lagi demi pasangan,” jelasnya.



Untuk mengembalikan ke keadaan semula, cubalah disambung lagi dengan keluarga dan kawan-kawan dengan membina kembali hubungan sosial. Orang-orang yang bergantung pada sesama sering jatuh ke dalam pola mengasingkan diri mereka sendiri dan sebahagian besar menghabiskan masa lapang mereka bersama pasangannya sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,595 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen