6 Mitos Tentang Otak Yang Selalu Buat Kita Salah Faham.

 

Otak adalah organ utama dalam tubuh badan manusia untuk mengawal segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap individu. Ia mampu menerima dan memberi segala maklumat melalui proses perutusan dalam tubuh badan kita. Otak juga merupakan punca fikiran, mood dan emosi.

Oleh sebab itu, ramai yang mengatakan bertindak gunakan otak, jangan ikut emosi. Jika ikut emosi, semua yang keluar daripada mulut kita akan menyebabkan ramai yang berkecil hati. Dengan perasaan dan hati milik Allah SWT yang mudah berbolak-balik, kemudian diluahkan melalui lidah yang tidak bertulang namun berbisa, pasti ramai yang ingin menjauhi daripada kita.

Itu adalah fakta.

Namun, ada juga mitos tentang otak yang sering buat kita salah faham. Jom lihat 6 mitos tersebut;

1. Tiada Otak Kiri atau Kanan.

Jangan percaya lagi tentang teori otak kanan atau kiri kerana teori ini rupanya tidak sahih! Sehingga kini belum ada kepastian atau kajian saintifik telus membuktikan manusia boleh mendominasi antara dua belah otak.

2. Masuk Umur 40, Otak Lebih Cekap.

Ramai berfikir bila usia semakin meningkat otak jadi lemah untuk menerima pembelajaran yang baru. Ya, bab itu memang ada benarnya tapi kita lupa bila kita semakin matang, otak jadi lebih cekap dan tajam Mereka yang berusia jadi sensitif tentang perkara sekeliling. Malah kita lebih bijak untuk berhadapan dengan masalah, situasi dan emosi.

3. Otak Lelaki, Wanita Ada Beza?

Tiada beza pun. Teori sebelum ini hanya merepak, dikatakan kaum lelaki lebih cepat tangkap belajar kerana memiliki saiz otak yang besar berbanding wanita. Padahal tidak semua lelaki bertubuh besar dan ada juga kecil seperti wanita. Fakta auta ini hanya andaian yang tiada kajian saintifik. Malah pakar juga masih tidak tahu jika benar ada perbezaan cara pembelajaran antara kaum lelaki dan wanita.

4. Ada Lebih Dari 5 Deria.

Jangan terkejut, otak sebenarnya memberi kita lebih dari 5 kuasa deria rasa tanpa kita sedar. Sebagai contoh, merasai hangat, suam, tekanan, sentuhan dan kesakitan. Perasan tak?

5. Otak Mengawal Emosi.

Kita tahu apa yang boleh membuatkan kita bahagia, gembira atau sedih. Namun kita tidak dapat mengawal senario apakah yang memberi kita emosi tersebut. Sebenarnya kita tidak dapat mengawal emosi kalau tiada otak. Otak memberi isyarat untuk sampai bila dan apakah yang memberi kita emosi dan perasaan dalam sesuatu perkara.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen