Mengalami Keguguran Secara Berulang Kali, Apakah Rawatan Dan Punca Kepada Masalah Ini?

 

Setiap mereka yang sudah berkahwin pastinya mahu beberapa zuriat untuk menjadi pengikat kasih dan sayang. Ada sesetengah orang begitu mudah untuk memiliki anak di saat usia perkahwinan masih lagi baru dan awal, ada juga sesetengah yang memerlukan usaha yang lebih apabila masih belum diberikan rezeki walaupun telah lama berkahwin.

Rezeki setiap orang itu berlainan, ada yang diberi pinjaman untuk sementara. Buat ibu-ibu yang mengalami keguguran dan ada yang berlaku berulang kali, jangan pernah berputus asa. Cuba untuk yakin akan rezeki. Tapi pada masa yang sama cuba untuk mencari punca dan merawat akan masalah tersebut.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan, keguguran yang berlaku secara berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.




Apakah keguguran ?


Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)

Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)



Apakah keguguran berulang-ulang ?


Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.


Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?


Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan.
Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.



Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan

1. UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

2. ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)

APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

3. FAKTOR GENETIK

2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

4. PANGKAL RAHIM YANG LEMAH

Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

5. PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL

Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.

6. JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

7. BENTUK RAHIM

Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran

8. KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

9. AKTOR IMUN ( Immune Factors )

Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.

10. Berat badan berlebihan

11. Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.

12. Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.

Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

                     

i. Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia

ii. Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

iii. Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman

Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen