Rahsiakan Status Kewangan Anda Wahai Isteri, Jika Suami Miliki Tanda Seperti Ini.

 

Apabila bercakap pasal kewangan ini boleh buat semua orang pening kepala, yang laki bini boleh bercerai berai, yang baru bertunang boleh putus dan yang baru bercinta boleh lari ikut yang lain. Wang sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Buat isteri, tak guna anda bergaduh dan bertikam lidah dengan pasangan anda mengenai perkara ini, sampai bila pun anda tidak akan menang. Adalah lebih baik anda menjadi seorang yang lebih memandang kehadapan dan memikirkan masa depan anda.

Jangan terlalu harap suami akan mandikan anda dengan wang dan kemewahan terutama jika mereka ini mempunyai 26 tanda seperti yang dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli ini. Isteri-isteri kena ambil langkah bijak dengan menguruskan kewangan dengan baik serta merahsiakan status kewangan daripada suami.



Petanda perlu merahsiakan status kewangan daripada suami :-

1. Suami tak kisah menyewa rumah bertahun-tahun sebab suami hanya mahu membeli rumah bertanah saiz padang bola

2. Suami juga kenal baik dengan pemberi hutang. Along, Angah, Achik? Semuanya kawan-kawan suami

3. Suami sentiasa bersikap tidak mesra dan tertutup bila bercakap soal kewangan. Lagi di ajak berbincang, lagi naik darah!

4. Suami kerap berahsia seperti letak password di handphone, menjawab handphone berbisik-bisik di dalam toilet

5. Suami malu memakai baju pagoda. Baju dan seluar suami haruslah berjenama luar negara. Biar papa asal bergaya. Muda hanya sekali katanya.

                    

6. Suami tidak memiliki aset sebenar. Hartanya adalah kereta mewah berspot rim traktor atau motor berjenama suria perkasa hitam

7. Suami tidak pernah tahu jumlah sebenar perbelanjaan bulanan. Bagi suami, gaji je belanja, habis gaji je hutang, habis hutang je kad kredit

8. Anak jatuh kerusi suami tak risau, helmet superbike tergolek pasti suami meraung kekecewaan. Maklumlah, rider berjiwa kental

Suami merungut duit tak cukup ...

9. Suami selalu merungut tidak cukup wang dan mengabaikan keperluan perbelanjaan keluarga

10. Suami rela berlapar untuk bayar ansuran kereta mahal, tapi selalu merungut bila perlu bayar yuran tuisyen dan PIBG anak


                     

11. Suami mengikat perut untuk set golf atau set pancing baru, tapi rasa membazir beli takaful keluarga

12. Suami sembang kencang impiannya berjuta-juta, dalam poket habuk bermaharajalela

13. Bila dengan kawan-kawan, suami ini pemurah tahap juara. Di kedai hispter belanja member penuh semeja

14. Statement Personal Loan suami selalu tiba di rumah. Bukan 1, tapi mungkin 2, 3 atau 5

15. Suami adalah lilin. Suami rela membina hutang jahat demi impian sesiapa biar pun Debit Service Ratio sendiri melayang

16. Suami spesis anak emak yang keterlaluan. Segala yang emak minta tak pernah di tolak hatta perlu menjadi penjamin dan penyelia hutang jahat. Berhutang Along demi emak pun sanggup!

17. Suami menggemari barangan mewah dan berselfie di over sea. Bercuti di Malaysia ni rasa geli

                     

18. Handphone suami jenama limited edition. Kredit kad suami di gores selalu, bayaran pula baki minimum

Isteri kerap jadi penjamin suami ...

19. Business suami selalunya rugi dan jarang untung. RM 1, 000 di tangan suami akan mengecil menjadi RM 10 sekelip mata

20. Suami juga kerap merayu isteri menjadi penjamin hutang kereta dan juga motorsikal berkuasa kuda

21. Suami selalu meminta pinjam dengan isteri sedangkan time bayar di buat lupa tak sedar diri

22. Suami selalu tertekan, tidak gembira dan kerap meninggikan suara kepada ahli keluarga. Anak nak manja pun di marah saja-saja

23. Suami membenci pelabur. Suami fikir pelabur adalah kapitalis tamak, kedekut dan nak bawa duit masuk kubur

24. Bagi suami, bacaan berilmiah membebankan otak. Suami block Facebook bermanfaat. Mengarut baca penulisan panjang-panjang katanya

25. Suami hari ini gaji, esok dah mula la ambik cuti kecemasan atau pun MC. Sakit gaji sikit terus MC

26. Suami bersikap degil, kalau budak hingusan seperti akak nasihat, suami akan cakap : "Shut up! Aku lebih banyak makan garam dari kau"

Cadangan akak : Jika dapat suami macam ni, eloklah isteri pelbagaikan cabang simpanan juga pelaburan. Selain pembelian rumah, UT dan ASB / TH, simpanan lain yang sukar di hidu adalah dengan menyimpan emas akaun GAP. Buka dulu serendah RM 100 atau segram emas

Isteri boleh simpan emas secara berperingkat dan berdikit kemudian keluarkan dinar atau jongkong emas untuk di sorok. Confirm suami tak tau sebab ruangan penyimpanan emas berketulenan 999 adalah sangat kecil dengan susut nilai yang sangat minimum. Selamat mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen