“Zaman Sekarang Setiap Wanita Perlu Ada Harta…” Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Pada masa kini, bukan sahaja para lelaki yang bertungkus lumus untuk mencari rezeki, harta dan wang, para wanita juga turut sama. Pada permulaannya, kaum wanita diajar berdikari kerana tidak perlu bergantung pada ibu bapa setelah dewasa. Namun, dengan peredaran zaman membuatkan kaum wanita boleh lakukan apa sahaja, tanpa pergantungan daripada seorang lelaki atau digelar sebagai suami.

Wanita juga perlu ada wang dan harta sendiri seperti apa yang dikongsi oleh Puan Marlia Ramli ini….

********

MALU APA BOSSKU?

1 - Alhamdulillah... selain bergelar wanita bekerjaya dan pelabur rojak, hari ini akak juga adalah peniaga. Kerana akak masih wanita yang sama. Wanita yang percaya bahawa setiap wanita wajib ada harta. Tak kira anda bagi alasan bagaimana.

2 - Akak sentiasa percaya tak banyak tak apa asalkan ada untuk diri bersedia. Asalkan ada. Wajib ada.

3 - Secara peribadi akak pernah melalui proses melihat insan terdekat hidup dengan arjuna curang. Terdekat yang sangat terdekat. Sebab tu tak payah nak citer banyak, akak faham sangat.

4 - Maka melalui proses pembelajaran akak buat kesimpulan bahawa, ada dua kategori arjuna yang akak fikir tak akan berubah walau diberi peluang berkali-kali.

Pertama : pesen curang a.k.a jantan miang

Kedua : malas bekerja dan banyak alasan

5 - Kenapa akak percaya begini? Sebab akak dah pernah jumpa dan lihat dengan mata kepala sendiri. Maka begitulah... Tak payah la janji bulan bintang, sebab spesis begini hingga tua akan kekal saja.

6 - Maka, sebagai wanita akak selalu mengajak rakan agar mulakan dengan bina dana cemas. Sebab cerai itu pasti. Samada cerai hidup atau pun cerai mati.

7 - Pelbagaikan simpanan. Letak dalam simpanan tunai sebahagian nya emas. Pecahkan. Agar simpanan lebih mampan dan mampu bertahan. Emas terbukti kalis inflasi dan anti kebocoran.

8 - Mati juga pasti. Samada hari ini atau suatu hari nanti. Usahakan miliki rumah pertama. Sebuah tak apa janji ada. Bukan landed tapi kecik pun okay, janji ada.

9 - Orang biasa seperti kita buang minda beli rumah tanpa modal bagai. Wajib wujudkan persediaan wang tunai sekitar 10% hingga 15%. Asasnya berbalik kepada pengurusan kewangan.

10 - Elak jadi penjamin sesiapa. Ianya pedang dua mata. Ke belakang kita mati, ke depan kita mungkin terbunuh diri.

11 - Ketahui status kewangan. Semak RAMCI atau CTOS. Nak percuma lawatlah bank negara, cop jari dan aktifkan online. Cita-cita nak beli rumah tapi DSR penuh hutang jahat taguna juga.

12 - Buang sikap asalkan penjawat awam rugi tak ambik kesempatan buat personal loan. Kalau jadi harta tak apa, kalau habis sesaja kan sia-sia? Diri sendiri yang merana.

13 - Surirumah usah manja sangat. Sekarang suami sayang kita, esok mungkin sayang Neelopa. Usaha jana wang dari rumah juga. Kita ni bukan nya muda dan lawa selama-lama

14 - Buka akaun simpanan emas serendah RM100 dapat 0.5 gram simpanan emas pertama. Ramai bagitau akak tak mampu. Akak hanya mampu memandang sedih saja. Bukannya mahal RM100. Dapat tabung emas dan miliki harta. Setakat RM3.33 sehari, beli jajan jauh lebih tinggi.

15 - Susah mana nak cari RM3.33 sehari? Buat dropship, menjahit, mengasuh anak kecil atau part time bersihkan rumah jiran pasti dapat lebih. Bila anda cakap tak mampu, akak tak pasti samada anda tak mampu atau nak berusaha tapi rasa malu. Malu apa bossku?

16 - Ya, akak pernah melalui proses melihat dua jenis arjuna. Si kaki curang dan malas bekerja. Dalam kebanyakan masa, dua spesis ini tak akan berubah punya. Ini level haprak punya manusia.

17 - Namun akak lihat juga betapa perkasanya wanita. Dalam kes seperti ini, wang dan harta memudahkan proses kebangkitan semula. Bila kita punya kekayaan peribadi, hati menjadi lebih besar dan diri lebih berani berjuang.

18 - Akak membebel sebagai pesanan penaja Nak buat, buatlah. Tak nak buat, akak tak rugi apa-apa. Kalau nak seribu daya, berusaha dan fikir bahawa, MALU APA BOSSKU?

Salam sayang dari Penang.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen