Penting! Lelaki Ini Kongsikan Untuk Semak Tahap Kesihatan Kewangan Anda.

 

Tidak kira kita dari golongan mana, memang perlu untuk semak tahap kesihatan kewangan kita. Bergaji kecil, bergaji rendah, kerja sebagai freelance dan seumpama dengannya. Pengiraan tahap kesihatan kewangan ini penting untuk kita lakukan supaya dapat mengetahui jika kita perlu menambah hutang atau pun tidak.

Sekiranya sudah terlalu banyak hutang dengan bank, sudah pasti sukar untuk menambah hutang kerana takut terbeban dengan kehidupan. Nanti dah terbeban, mulalah rasa tertekan, dan jiwa bermasalah. Jika banyak perkara yang boleh kita kawal dengan sendiri seperti perbelanjaan diri dan keluarga, kawallah selagi boleh.

Jom semak tahap kesihatan kewangan anda dengan perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?

Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya?

Macam mana nak kira?

Contohnya si A ada;

Pinjaman Peribadi: RM330

Ansuran kereta: RM560

Gaji bersih: RM1850

Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:

RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%

Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi. Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi.

Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya. Kah!

 No photo description available.

********

Setelah membuat kira-kira bagaimana tahap kewangan anda? Sihat atau pun tidak? Boleh tambah hutang baik atau pun tidak? Bagaimana keadaan komitmen anda sekarang? Sebab itu kita perlu berbelanja mengikut kemampuan, jangan ikut trend semata-mata.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen