Kenali Rakan Bermuka Dua, Ayuh Jauhi Segera.

 

Setiap orang pasti mempunyai rakan di sekeliling mereka. Mana tidaknya, hidup akan lebih ceria jika miliki ramai rakan dan kenalan ini. Bukan itu sahaja, rakan-rakan ini akan membuat seseorang itu lebih kuat untuk menjalani hari-hari yang mendatang kerana merasakan ia menyeronokkan.

Dalam pemilihan rakan ini perlulah dilakukan dengan betul. Ini kerana, rakan ini mempunyai pelbagai jenis, ada yang baik, ada yang sentiasa ada semasa susah dan senang bahkan ada juga yang mempunyai niat yang tersendiri. Rakan-rakan disekeliling anda adalah cerminan buat diri anda juga ye.



Rasanya agak membimbangkan jika anda mempunyai rakan yang tidak ikhlas untuk berkawan dengan anda. Seorang rakan yang baik akan sentiasa memberikan tenaga positif dalam kehidupan kita. Namun begitu, kita tidak mampu haling seseorang yang sentiasa bermuka-muka ini muncul dalam kehidupan kita.

Tapi ada cara untuk mengenal pasti mereka yang sebegini, mari ketahui tanda-tanda rakan yang bermuka dua dan jauhi mereka ini.


                       


1. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa menjaga komunikasi dan hubungan baik pada setiap masa, bukan hanya apabila ada keperluan.

2. Seorang sahabat yang baik akan memberikan sokongan dan nasihat daripada pertimbangan atau kritikan yang membina.

3. Sahabat sejati akan menerima perbezaan secara terbuka. Rakan dua muka ini akan cuba memperngaruhi anda dan mahu menang sahaja serta tidak menghormati perbezaan pandangan kalian.

4. Memburuk-burukkan anda kepada orang yang mengenali anda.

5. Sahabat sejati akan menerima anda segala kekurangan anda. Mereka tidak akan cuba mengubah atau mengawal anda.

6. Malah sahabat baik akan menjaga rahsia anda dengan baik.

7. Apabila berjaya, sahabat-sahabat sejati akan bahagia dan bukan cemburu terhadap pencapaian itu.

8. Ketika anda berdepan dengan masalah mereka tidak menghulurkan bantuan dan membiarkan anda terkapai-kapai sendirian.

9. Mengambil kesempatan ke atas diri anda.

10. Sentiasa melihat anda melakukan kesalahan dan melihat yang buruk mengenai anda.

11. Menghalang untuk anda berkawan dengan lebih ramai rakan yang positif.

12. Berkongsi perkara yang buruk mengenai anda kepada orang lain.

Nah, anda mesti tahu yang mana sahabat baik anda. Mana yang benar-benar boleh menimbulkan kebahagiaan dengan anda dan yang sebenarnya menjadikan hidup anda sengsara. Rakan-rakan yang bermuka dua ini harus dijauhi bukan disimpan atau didekati.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen