“Emas Ibarat Pelindung Diri…” Wanita Ini Kongsikan Betapa Pentingnya Ada Simpanan Emas.

 

Pada masa kini, tidak ramai yang memandang emas sebagai pelaburan atau simpanan yang perlu ada dalam sebuah keluarga. Cukup dengan simpanan tetap, simpanan kecemasan, simpanan daripada gaji dan seumpama dengannya. Malah ada juga yang ralat untuk mengambil takaful perlindungan yang mempunyai simpanan juga.

Jika berfikiran jauh pasti akan mendapat banyak manfaat dengan simpanan emas ini melalui perkongsian dari Puan Marlia Ramli

********

SALAM RM182.

Hari ini emas turun sedikit berbanding semalam. RM182. Ramai penyimpan gembira dan menambah gram.

Ini keseronokan penyimpan dan pelabur emas.

Emas naik, gembira

Emas turun, gembira

Yang penting kita capai gram sasaran.

Kalau bertambah gram, tak kisah harga berapa asalkan kita tahu bahawa kita menambah harta.

Ada yang cakap, elleh simpan emas buat apa? Setakat nak pandang dan cium-cium emas sahaja? Tak tahu ya hari ini terdapat pilihan emas simpanan 999 yang ditabung di akaun, dipantau online dan urusan jual beli pajak secara online? Orang dah tak cium emas, tapi cium skrin, memantau harga dan jual beli segera. Kita hanya keluarkan pada waktu menjadi keperluan selebihnya simpan, simpan dan simpan. Tak tahu ya? #apeni

Ya, jika kita menganggap penyimpan emas memeram emas sebagai harta kerana mahu mencium saja, ini tidaklah tepat bagi penyimpan emas yang menabung dengan matlamat. Sebab itulah anda anggap begitu. Sebab anda tidak tahu.

Anda mungkin tidak faham tentang inflasi, tidak ada masalah kebocoran wang dan tidak melihat kepentingan perlindungan kekayaan.

Emas ibarat insuran (pelindung).

Jika kita tiada simpanan emas langsung atau setidak-tidaknya sekitar 10% hingga 15% yang disarankan, bagaimana kita mampu memastikan kita berada dalam tahap hampir mustahil miskin? (kecuali dengan kuasa Allah).

Ada juga yang cakap beli hartanah lebih untung sebab dapat sewaan bulanan. Berapa ramai yang beli hartanah salah dan negatif sewaan bertahun-tahun? Dan adakah surirumah, pelajar dan rakan CCRIS nya koyak sesuai dengan game beli hartanah lagi dan lagi? Tak semua kawan...

Ada yang cakap unit amanah lebih best. Namun berapa ramai yang saban tahun dapat dividen korek hingga bocor kekayaan? Dan berapa ramai yang bisa bertahan bertahun-tahun melihat unit amanah dalam keadaan negatif? Bukan semua ada kemampuan. Tak semua kawan...

Benarlah, bukan semua cabang pelaburan sesuai untuk semua. Setiap cabang tidak memiliki kesempurnaan kecuali kekuatan juga kelemahan yang berbeza-beza.

Berhati-hati dan jika dapat mempelbagaikan, setidak-tidaknya ia membantu mengimbangi risiko untung rugi. Jika dapat serba sedikit merojakkan pelaburan, ianya membantu. Tak semestinya apa yang kawan buat dan berjaya, kita buat akan berjaya juga. Maka, jalan paling selamat jadikan kekuatan cabang tertentu sebagai potensi dan kelemahannya di imbangi dengan cabang simpanan lain.

Berkali-kali akak beritahu, akak bersetuju bahawa emas tidak menjadikan sesiapa kaya sekelip mata. Dan emas tidak ada dividen tahunan atau pendapatan sewa. Tidak akan berlaku beli satu kilogram hari ini esok dah bersara selesa. Namun rakyat marhaen seperti kita bukan nak jadi jutawan segera.

Kita cuma mahu memiliki emas sekitar 10% hingga 15% kekayaan. Dan yang penting kita memilih jenama emas yang paling mudah dicairkan, mudah dibeli dipajak dijual dengan spread yang rendah. Yang penting nak simpan emas jenama yang betul saja.

Bukan untuk terus jadi jutawan segera. Namun dengan harapan agar kita tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba.

Berapa ramai yang bila berlaku cerai atau kematian, emas menjadi talian hayat terakhir yang membantu untuk kita bangkit semula?

Berapa ramai peniaga bila dah kehabisan modal menjadikan emas sebagai sumber terakhir untuk dipajak dan dipusing kemampuan kewangan?

Ya, sesiapa saja boleh burukkan tentang simpanan emas. Namun tidak ada sesiapa yang dapat menafikan emas adalah simpanan yang jika betul pilihan jenamanya, ianya patuh syariah dan sunnah sejak ribuan tahun zaman berzaman.

Dan tidak ada sesiapa dapat menafikan bahawa emas adalah matawang dunia. Jika berlaku musibah peperangan dan kerosakan negara, hanya emas adalah harta yang mampu disorok, dibawa lari dan diterima di mana-mana ceruk seluruh dunia. Kerana, emas adalah matawang dunia.

Malah tiada sesiapa dapat menafikan bahawa emas dapat menyimpan nilai bukan setahun dua, malah ribuan tahun. Emas mengekalkan. Ini bukan teori, tetapi fakta ya...

Dan tiada sesiapa mampu menafikan bahawa negara di dunia yang memiliki simpanan rizab emas terbesar, dialah yang dianggap paling kaya, berkuasa dan berharta.

Beginilah...

Harga emas tahun 2019, hari ini harga terendah. Grab segera! Miliki satu gram emas simpanan pertama. Cuba dulu, nanti tahu.

SALAM RM182.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen