“Ramai Ibu Bapa Tidak Sedar Telah Mendidik Anak-Anak Menjadi ‘Tuan’ Kepada Mereka..” –Ibu Rose-

 

Sebagai ibu bapa, apabila tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pasti merasakan diri seperti ‘diperintah’ oleh anak-anak. Takut sekiranya tidak dapat menggembirakan anak-anak, takut juga sekiranya tidak dapat memberi apa yang anak-anak mahukan dan seumpamanya.

Kenapa ini terjadi? Jom ikuti perkongsian dari Ibu Rose ini…

********

Bukan senang untuk Ibu berkongsi pemerhatian Ibu ini. Namun, sebagai seorang yang faham akan Perkembangan Kanak-kanak, Psikologi Manusia dan Self-Actualisation Psychology.

Kenapa Ibu katakan perkara tadi.

Kerana 3 corak parenting ini yang selalu sangat ibu bapa guna.

1- Permissive Parenting.

Ikut semua kehendak anak-anak kerana terlalu memanjakan. TAKUT anak tak sayang! TAKUT anak merajuk! TAKUT anak rasa tidak dikasih! Takut itu dan ini...ibu bapa seperti tiada tulang belakang dan anak tiada kawalan.

Contoh yang sering kita cakapkan adalah, " Anakku Sazali".

Menjadi TUAN yang hanya pandai menyuruh-sarah, Tiada belas kasihan terhadap kesusahan orang lain, kerana dia sendiri tidak pernah berasa susah.


2- Neglectful Parenting.

TIDAK KISAH LANGSUNG!

Anak dibiar dan tidak dipantau. Tugas mendidik diberikan kepada orang lain dengan BERLEPAS TANGAN. Anak-anak merasakan tidak dihiraukan dan dikasihi. EMOSI anak terluka...ADAKAH AKU WUJUD DI HATI IBU BAPA KU?

Perkara ini boleh terjadi didalam perhubungan suami isteri. Dimana hanya seorang sahaja yang memikirkan, melaksanakan keibubapaan dan menjalin perhubungan dengan anak-anak. Yang seorang itu sambil lewa, tidak mengendahkan, bila diminta menjaga anak-anak, lebih menumpukan kepada games di dalam handphone, atau aktiviti sendiri contohnya...anak-anak terabai.

TUAN, yang dibentuk…hasil dari perasaan dendam kerana diabaikan. Maka abaikanlah saja tanggung-jawab kepada ibu bapa.

3- Dominant Parenting.

AKU BETUL, KAMU SALAH!

Anak-anak tidak boleh bersuara atau memberi pendapat. Cara ibu/bapa sahaja yang betul. Kesalahan dan kesilapan akan dihukum tanpa soal-siasat dan tidak mengira umur.

Perasaan anak-anak tertekan. Anak hilang keyakinan diri atau menjadi pemberontak. Bila badan sudah besar, menjadi TUAN yang tiada belas kasihan. Kasar cara didikan, KASARlah cara anak itu berinteraksi dengan ibu bapa.

Ya, tidak semua anak-anak akan jadi sebegini. Namun, ramai yang akan menjadi begini.

Yang tidak jadi TUAN kepada ibu bapa mereka, adalah anak-anak yang belajar memaafkan kesilapan ibu bapa dan BERUSAHA mengubat sakit semalam dan MENGUTAMAkan KASIH sejati mereka dan perasaan kesyukuran mereka terhadap pengorbanan besar atau kecil ibu bapa.

Walaupun demikian halnya…bukankah lebih senang kita sebagai ibu bapa yang bertanggung-jawab berusaha mengelakkan keberangkalian buruk tadi.

Bagaimana…jadilah ibu bapa yang mempraktikan LOVING & FIRM parenting. Nanti kita bincang yang ini pula ya dan kenapa ia melahirkan anak-anak yang berjasa kepada ibu bapa dan dunia.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen