Segera Nasihatkan Pasangan Anda Jika Miliki 7 Perangai Ini – Edisi Pengurusan Kewangan.

 

Kewangan yang stabil ini memainkan peranan yang penting untuk masa depan yang selesa. Di mana jika anda bijak menguruskan kewangan, maka anda akan hidup selesa dikemudian hari. Tapi biasalah, saat masih muda ini semua perkara ingin dicuba dan dimiliki yang akhirnya menyusahkan diri dikemudian hari.

Buat isteri-isteri atau bakal-bakal isteri, cuba lihat kelakuan pasangan anda, adakah dirinya terlalu mudah mengejar trend? Adakah dirinya suka melakukan pembaziran dan anda juga merasa senang dengan sikapnya yang begitu?

Berdasarkan perkongsian saudara Amir Syahir, anda perlu menasihati pasangan anda jika mereka ini mempunyai 7 perangai seperti di bawah ini. Takut dia yang berhutang, anda pula yang perlu membayarnya.



Nasihatkan Bakal Suami Korang Jika Ada 7 Perangai Ini

Untuk mencari calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan penting di era yang serba serbi mencabar ini. Zaman yang segalanya memerlukan duit.

Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan megi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.

Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, korang perlu nasihatkan pakwe kau yang ada 7 ciri di bawah. Antaranya,

***

                      

1. Terlalu Agungkan Kereta.

Selalu sangat minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Pasal duk bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting. Kalau hobi nak buat macam mana kan? Cuba menyimpan 10% daripada gaji dulu, selebihnya barulah berbelanja untuk kereta kesayangan dia tu.

2. Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama.

Pakaian mesti yang berjenama. Jenis alergik pakai baju takde jenama. Beli guna kad kredit pula tu. Berhutang la pendek kata. Ada tu pinjam duit kawan semata-mata nak beli jam tangan berjenama. Kalau gaji banyak takpe. Ini gaji ciput pun nak pura-pura jadi anak orang berada.

                       

3. Merokok.

Duk bakar duit dan senaman paru-paru manjang je. Habis duit beli rokok. Kesihatan pun terjejas. Punya lah marah minyak naik harga tapi harga rokok naik setiap tahun senyap je. Mampu pula beli rokok setiap hari.


4. Tergila-gilakan Gajet Canggih.

Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat. Nak buat pergi travel senang kan. Barulah banyak dapat Like bila up gambar nanti.

5. Suka Lepak Kedai Hipster.

Setiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu. Ke kau yang ajak dia lepak kat situ?

6. Malas Nak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan.

Dia malas dan tak nak ambil tahu tentang ilmu pengurusan kewangan. Bukan suruh power pun, tapi cukuplah supaya reti uruskan gaji dengan betul dan tak terjerumus membuat hutang yang tak perlu. Tak ada kesedaran menguruskan kewangan ni la sampai hutang tertunggak, kereta pun kena tarik. Kalau selalu duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.

                        

7. Tiada Simpanan.

Dia kata malas nak menyimpan. Buat apa kerja penat-penat kalau asyik nak menyimpan je. Kahwin pun nak buat pembiayaan peribadi nanti. Boleh bayar ansuran kan. Tak perlu ikat perut bagai. Duit gaji enjoy kasi habis lah. Duit semua habis buat pergi travel. Kau pun ikut sama kan?

***

Suami/tunang/pakwe kau ada ciri ni tak?. Kalau tak ada baguslah. Kalau ada kau boleh didik dia ke arah kebaikan. Jangan terus tinggalkan. Kalau dia nak berubah baguslah.

Korang tengok timeline FB nya. Kalau selalu buat status maki, marah-marah orang tak tentu pasal bahaya sangat tu.

Jika selalu duk up gambar tentang kereta idaman. Kereta honda Civic misalnya. Memang dia jenis gilakan kereta. Mesti akan bercinta dengan hutang kereta nanti.

Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.

Memilih calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang dia bersepah, kau pulak kena tanggung.

Jika ada kisah silam dia berhutang sana sini nanti kau juga jadi mangsa. Kau pulak kena buat pembiayaan peribadi untuk langsaikan hutang dia. Cinta perlukan pengorbanan? Nice. Berkorbanlah. Korban sekali dengan air mata penyesalan. Kah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,916 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen