Anak Mula Meragam, Buat Bising Dan Menangis Tanda Mereka Mahukan Perhatian Daripada Anda.

 

Pernah atau tidak ketika anda sedang sibuk tiba-tiba anak anda mula menangis, mula meragam, mula bergaduh adik beradik atau mula nak mengada-ngada?

Cuba lihat kembali perhatian yang telah anda berikan kepadanya? Cukup atau tidak perhatian tersebut atau dirinya masih merasakan anda tidak betul-betul tumpukan kepadanya.

Jangan mudah salahkan anak dengan menyatakan bahawa mereka ini tidak mahu mendengar kata anda ataupun terlalu susah untuk ditangani. Hal ini kerana, sikap mereka yang suka membuat hal, yang suka mencari pasal dengan adiknya atau tiba-tiba buat perangai, hanya mahukan perhatian daripada anda sahaja. Cuba periksa kembali perhatian anda kepada mereka ini.

Sedikit perkongsian daripada kaunselor Puan Farhana ini diharapkan membuka mata ibu bapa agar menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak.



Take Note:

Tanda anak dahagakan perhatian

Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.

...

namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.

Anak yang terlalu berusaha dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.

                           

Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:

1. Memotong percakapan anda

2. Sering menganggu perbualan telefon

3. Sering membuat bising

4. Suka buat sepah

5. manja mengada gada contohnya walaupun anak itu sudah umur 5 tahun, namun masih minta untuk dipakaikan baju

6. Berusaha membuat adik menangis/Melakukan sesuatu kepada adik (pukul/conteng muka adik) menangis tanpa sebab yang jelas

7. Sengaja buat keslahan yang memang diketahui akan menbuatkan ibu dan ayah marah

8. Mereka reka cerita (Contohnya memberitahu mereka demam walaupun mereka tidak demam pun)

9. Suka buat sesuatu untuk impress ibu dan ayah. Contoh mereka cuba untuk panjat pagar atau berusaha masak sesuatu di dapur.


Semua tanda tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.

Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.

Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?

Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.

Pemahaman anak itu kadang berbeza. walau kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.

Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.

Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.

                         

1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.

Contohnya anak ajak anda bermain

Kalau anda sibuk, jangan katakan " Jangan kacau ibu boleh?"

Tetapi sebaliknya katakan
"Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama"

Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.

2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.

Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.

Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.

Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.

Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.

3. Sentiasa ada special time bersama anak.

Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.

Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.

Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.

Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen