Berkahwin Membuatkan Anda Panjang Umur.

 

Selain untuk ibadah dalam agama, ada alasan lain untuk seseorang berkahwin. Satu kajian mendapati bahawa berkahwin adalah kunci untuk hidup yang lebih sihat dan bertahan lebih lama. Suatu kajian terbesar yang berpusat di Aston Medical School, Birmingham, memantau kelangsungan hidup lebih dari satu orang yang mempunyai tiga faktor utama risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan diabetes tahap 2 antara tahun 2000 dan 2013. Hasil kajian itu mendapati bahawa 16% orang yang tahap kolesterolnya tinggi lebih mungkin bertahan hidup jika sudah berkahwin. Hal itu juga berlaku untuk pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Mereka yang sudah berkahwin mempunyai peluang 14% dan 10% lebih tinggi untuk bertahan hidup berbanding dengan mereka yang masih bujang.



Walaupun hal itu tidak sepenuhnya dapat difahami, penyelidik meyakini bahawa sokongan yang didapati dari pasangan boleh menjadi kunci di sebalik peningkatan kelangsungan hidup. Secara khusus, para penyelidik mengesyaki bahawa orang akan lebih baik dalam menangani faktor risiko penyakit di atas jika mempunyai bantuan dari orang yang dicintai. Bagi anda yang masih bujang tidak perlu rasa putus asa. Walaupun tahap kelangsungan hidup orang yang sudah berkahwin lebih baik, orang yang belum berkahwin juga boleh mendapatkan keuntungan kerana mempunyai hubungan dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh berunding dengan doktor umum mengenai cadangan dan sokongan yang boleh didapatkan. Data daripada kajian di atas berasal dari kajian yang dilakukan oleh Algorithm for Comorbidities, Associations, Length of stay and Mortality (ACALM) yang merangkumi lebih daripada satu juta pesakit hospital di Eropah. Dr Paul Carter, penulis kajian utama yang berpusat di unit kajian ACALM bercakap mengenai kajian yang dilakukannya.



“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa perkahwinan menawarkan kesan perlindungan, sehingga orang yang mempunyai faktor risiko utama penyakit jantung mendapat sokongan dalam mengendalikan diri,” ujar Dr Paul.

“Penemuan ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk berkahwin, melainkan sebagai dorongan bagi orang untuk membina jaringan penyokong yang kuat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka,” tambah Dr Paul.

Penyelidikan baru ini menyokong beberapa kajian awal ACALM yang menunjukkan bahawa orang-orang yang menderita serangan jantung mempunyai tahap ketahanan hidup yang lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin. Doktor memeriksa lebih lanjut mengenai hasil kajian itu untuk mendedahkan sebab-sebab mengapa beberapa pesakit bertahan sementara yang lain tidak dan juga apakah faktor perkahwinan boleh diterapkan pada keadaan lain yang menyebabkan penyakit jantung.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,051 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen