Setiap Gerak Geri Ibu Bapa, Anak Jadi Peniru Dan Pemerhatinya Kongsi Ibu Ini.

 

Sering kali kita dengar bahawa anak ini adalah peniru yang terbaik dari setiap kelakuan dan gerak geri ibu bapanya. Jadi apabila ibu bapa lakukan itu, maka ia akan lakukan perkara tersebut kepada adik-beradik yang lain atau pada rakan-rakannya.

Kadang kala apabila anak tidak mahu dengar kata ini juga berpunca daripada kita, di mana kita yang berikan contoh tersebut kepada dirinya. Kita yang tidak mahu dengar apa yang mereka mahukan daripada kita. Itulah yag dinamakan anak peniru sejati kita.

Jika semua kelakuan anak-anak itu berpunca daripada ibu bapanya sendiri, adakah kita sebagai ibu bapa ini berhak untuk memarahi mereka? Sedikit perkongsian daripada Puan Farizal Radzali, semoga perkongsian ini mampu baiki mana yang silap dari dalam diri kita demi masa depan yang baik buat anak-anak.



Semua ibu bapa mahukan yang terbaik utk anak-anak mereka. Jarang kita dengar ibu bapa nak anak mereka jadi jahat. Kita sediakan yang terbaik buat mereka, kita sanggup bersusah payah demi memenuhi kehendak mereka.

Namun adakala anak-anak kita masih berada di tahap yang lemah, di tahap yang tidak memuaskan hati kita. Sampai adakala kita marahkan mereka, ungkit segala pengorbanan kita demi nak menjadikan mereka insan berguna.

Kita lupa, ada perkara yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada perkara yang tak boleh diajar dengan hanya berkata-kata. Ada perkara yang anak-anak buat kerana mereka lihat kita buat.

Kita menyuruh mereka siapkan kerja sekolah, tapi kita memasang tv di hadapan mereka.

Kita menyuruh mereka membuat kerja rumah, tapi kita duduk bermain telefon.

Kita menyuruh mereka bercakap dengan lembut, tapi kita sendiri menengking mereka.

Kita menyuruh mereka berkawan baik dengan semua orang, tapi ibu ayah bertengkar di depan mereka.


Kita menyuruh mereka solat sebaik terdengar azan, tapi kita masih menonton tv.

Kita menyuruh mereka menghormati ibu ayah tapi ibu tak hormat ayah dan ayah tak hormat ibu.

Kita menyuruh mereka minta maaf jika buat salah, tapi kita sendiri tak peduli bila dah buat salah terhadapnya.

Kita bandingkan diri kita semasa di usianya dulu, tapi kita lupa bandingkan tekanan mereka di zaman ini dengan zaman kita.

Kita menyuruh mereka jangan membazir dengan peralatan mewah, tapi kita sendiri sering bertukar handphone berjenama kerana mengejar teknologi terkini.

Kita berdoa kpd Allah agar anak-anak kita dilindungi dari anasir jahat, tapi kita sendiri menonton perkara jahat di media sosial.

Kita sogok anak-anak dengan cerita superhero luar negara sampai anak-anak kita kenal siapa mereka, dari mana asal usul mereka & apa kuasa mereka, superman, spiderman, transformers, ahli avengers semuanya tapi kita tak kenalkan siapa nabi dan rasul, nama malaikat & tugasnya. Kalau tak kerana wujudnya pelajaran Pendidikan Islam di sekolah, mungkin anak-anak kita tak kenal siapa mereka. Bahkan kita pun terpaksa struggle nak recall balik apa tugas setiap malaikat.

Ayuh kita cuba semula. Tiada istilah terlewat, Allah itu Maha penyayang, sebab tu Dia selalu beri kita peluang kedua. Pasti ada peluang kedua ketiga dan seterusnya. Samada kita nak sedar atau tak saja. Andai sedar pun, samada kita nak ambil peluang tu atau tak.

Andai kita dah buat segalanya, cara lembut, cara keras, cara tegas, cara kasih, tapi anak-anak kita masih tak capai tahap yang kita nak, percayalah dia juga mahu untuk jadi anak terbaik buat kedua ibubapanya. Ada jalan hidup yang telah Allah aturkan untuknya.

Dan yang paling penting, jangan bandingkan anak-anak, jangan bezakan kasih sayang terhadap setiap anak.

Jangan pandang rendah pada anak yang lemah. Kerana mungkin dialah yang akan menjaga kita di hari tua kelak.

Jangan terlalu pandang tinggi pada anak yang berjaya. Kerana akibat kesibukannya nanti, belum tentu dia mampu menjaga kita di hari tua kelak.

Anak itu amanah. Jangan bangga punyai ramai anak, tapi banggalah bila punyai anak, walau seorang cuma, tapi mampu bawa kita ke Syurga.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen