“Asalkan Ibu Ada Mesti Seronok…” Jom Hayati Kisah Ini.

 

Menjadi anak-anak kecil kadang-kala sering membuat para ibu bapa salah faham kerana kurang mengetahui bahasa mereka. Dan para ibu bapa juga terlupa bahawa minda anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan segala perbuatan ibu bapanya. Malah segala perbuatan tersebut sebenarnya menjadi sumber inspirasi mereka.

Apabila mendengar luahan hati anak, barulah si ibu mengetahui bahawa setiap tindak tanduknya yang tak pernah diingat sebenarnya masih diingati oleh anak-anak nya. Jom hayati kisah ibu tunggal dari Puan Nadia Bakar ini….

********

Ada seorang ibu tunggal yang selalu rasa bersalah pada diri sendiri sebab anak-anaknya tak ada bilik sendiri yang siap dengan dekorasi comel-comel ikut tema kesukaan mereka seperti kawan-kawan yang lain.

Ibu dan anak-anak ni terpaksa kongsi bilik sebab hanya itu yang si ibu mampu sediakan.

Mainan anak-anak pun sikit je. Si ibu tak mampu bawa mereka ke tempat-tempat yang mahal. Tak mampu nak hantar mereka sertai aktiviti-aktiviti luar yang boleh tahan mahal juga.

Si ibu selalu fikir.

"Sepatutnya anak-anak aku ni dapat ibu yang jauh lebih baik daripada aku. Ibu dari keluarga yang lain."

Bila selalu sangat fikir macam ni, si ibu selalu rasa dia tak cukup bagus untuk anak-anaknya.

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Anak-anaknya sudah semakin besar.

Ketika bersembang dengan mereka tentang hal tu, anak-anaknya langsung tak ingat apa yang ibu mereka ni ingat. Mereka langsung tak ingat tentang semua kesusahan dan hal-hal menyedihkan yang berlaku dalam hidup mereka dulu.

Sebaliknya jawapan anak-anaknya betul-betul mengejutkan si ibu. Rupa-rupanya mereka masih ingat betapa seronoknya berkongsi bilik dengan ibu mereka.

"Ibu, ingat tak dulu kita ambil selimut lama? Lepas tu kita berkelah dekat taman yang dekat dengan rumah kita. Seronok sangat!"

Itu yang anak-anaknya ingat.

Selama ni si ibu fikir yang anak-anaknya mungkin nak dia jadi ibu macam tu, macam ni. Yang lebih baik, lebih kaya, lebih cantik. Rupa-rupanya mereka langsung tak bandingkan dia dengan "ibu-ibu" tu semua.

Hanya si ibu yang fikir macam-macam. Sedangkan anak-anak bahagia, riang ria bila setiap hari ada ibu di sisi. Ada ibu yang melayani dan main dengan mereka.

Rupa-rupanya anak-anak hanya perlukan si ibu. Itu saja.

Ibu ini ada tinggalkan pesan,

"Jika awak tanya apa nilai awak di mata anak-anak? Apa kemampuan awak? Yang saya tahu ialah anak-anak hanya perlukan awak.

Daripada awak stres dengan semua benda yang sebenarnya bukan diri awak. Semua benda yang awak tak boleh bagi pada anak. Luangkan masa untuk mereka. Berhenti untuk jadi versi ibu yang terbaik, terbahagia. Sebab hanya itu saja yang anak perlukan. Awak!"

Kalau asyik membandingkan diri dengan orang lain, perlahan-lahan kegembiraan dan kesyukuran akan menjauh kan?

Sebagai ibu, tipulah jika saya tak pernah terfikir hal yang sama. Pedih. Tapi begitulah. Kena belajar kurangkan high expectation.

Macam hari tu. Aariz ajak main dam.

Tapi dadu hilang! Saya tak bising sebab saya tak suka bebel. Apatah lagi dibebeli. Eh!

Untuk beli baru semata-mata sebab dadu hilang, memang tak lah kan. Itu biasa. Benda kecil kan. Sepit rambut mak dia pun selalu je tak jumpa. Jadi, apalah bezanya kami berdua? 

Nah! Aariz bagi idea. Bikin yang lebih besau. Walaupun sisi perfectionist mak dia ni rasa comotnya conteng soft block macam ni. Tahan je hati. Kalau dadu hilang lagi, kita mungkin kena cari dadu saiz bantal pulak ya.

Tak mengapalah jika tak sempurna. Asalkan memori indah dicipta bersama dia.

Banyak belajar dari anak-anak.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen