Didik Anak 5 Kemahiran Ini Sebelum Masuk Ke Tadika, Barulah Berpotensi Menjadi Pelajar Cemerlang.

 

Sebelum anak pergi ke tadika, ibu bapa biasanya akan lebih mendedahkan anak-anak kepada bahan bacaan yang sememangnya akan menambah pengetahuan mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mendekatkan anak-anak dengan pensil dan pensil warna agar anak-anak tidak kekok untuk melakukan apa-apa tugasan di sekolah.

Sebenarnya, kanak-kanak yang masih belum mencecah umur 5 tahun perlu lebih terdedah dengan pelbagai kemahiran untuk perkembangan dirinya yang sekaligus membantu dirinya untuk lebih bersedia sebelum pergi ke tadika.

Pelbagai kemahiran yang boleh anak-anak ini lakukan seperti perkongsian daripada Pakar Patologis Pertuturan Bahasa, Puan Aishah Kassim. Mari ikuti.



"Banyak Je Skill Nak Kena Ajar Sebelum Anak 5 Tahun. Sebelum Masuk Sekolah."

Kita kadang-kadang terlalu fikirkan untuk mngajar perkataan-perkataan yang berunsurkan akademik. Dengan harapan anak pegi sekolah nanti boleh etakcellent.

Tapi perasan tak yang masa usia kanak-kanak bawah 5 tahun, apakah keperluan mereka yang sebenar dan apakah effect jika kita tak penuhi keperluan tersebut.

Bagai kanak-kanak bawah 5 tahun, perkara basic, asas, umum untuk mereka develop adalah skill.

                         

1. Sensori/deria - Untuk membuatkan mereka lebih peka dengan persekitaran, lebih observance, lebih etakplore. Barulah otak berkembang dengan baik. Barulah nanat nak belajar kat sekolah senang. Yang ni memang kena belajar melalui etakposure & pengalaman, bukan tiba-tiba skill tu datang sendiri..

2. Skill motor - Motor halus & kasar, untuk develop kekuatan dan koordinasi otot yang baik. Bila koordinasi & kekuatan otot badab baik, koordinasi tangan baik, baru boleh belajar dengan selesa kat sekolah. Tulisan pun cantik.. Skill ni pun perlu belajar dengan praktis dan physically involve.. Kalau duduk je tak banyak bergerak memang susah la nak dapat skill ni dengan baik.

3. Skill bahasa & komunikasi - Bila nak anak boleh belajar dengan baik kat sekolah, mereka perlu faham dulu bahasa dan boleh berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa yang mereka ada tu. Kalau kita ckp pun tak faham, rasanya faham ke bila baca. Kalau tak faham apa yang dia baca, rasanya berfungsi ke membaca untuk perkembangan & pembelajaran mereka. Macam mana nak ajar skill ni rasanya semua orang tahu.. Kalau kita nak anak bercakap, kita kena rajin cakap dan berinteraksi dengan anak. Dengan keadaan betul-betul wujud bersama mereka.


                        

4. Skill behavior - Masalah behavior / tingkah laku selalunya tak ade kaitan terus sangat pun dengan masalah delay ke apa ke.. Tapi tingkahlaku kanak-kanak selalunya berkait rapat dengan parenting skill. Behavior bagus, kan senang nak belajar. Cikgu pun senang hati nak mengajar kt sekolah. Takdela kena reject kan sebab cikgu takleh handle.

5. Skill sosial - Sosial ni bukanlah bermaksud anak tu kena boleh bertegur sapa dan beramah tamah dengan semua orang. Kalau anak malu dengan orang tak kenal tu biasa la. Skill sosial ni lebih kepada boleh bermain dengan kawan-kawan, boleh bergaul, tau untuk bezakan cara pergaulan dengan kawan-kawan tak sama dengan bergaul dengan orang dewasa/lebih tua.

Untuk bawah 5 tahun, fokus 5 skill ni dulu dan kena ingat, bercakap & berkomunikasi tak sama dengan membaca / menyebut / menghafal abc.

Kalau tak tahu macam mana nak ajar. Kena lah belajar kan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen