Antara Sebab Ibu Bapa Perlu Membawa Anak-Anak Keluar Bercuti.

 

Sebagai ibu bapa, peranan membawa anak-anak pergi bercuti perlu diterapkan setiap tahun. Sekurang-kurangnya bawalah anak-anak kecil anda pergi bercuti setahun sekali jika terlalu sibuk atau kekangan kewangan. Membawa anak-anak pergi bercuti begitu banyak manfaat yang tersembunyi yang kita tidak ketahui.

Seperti perkongsian dari saudara Taufiz Razif ini….

********

Wahai suami...

Bawalah anak dan isterimu bercuti...

Ya, ku tahu kamu sibuk ke sana ke sini...

Pening dengan urusan mencari rezeki...

Tapi ketahuilah wahai suami...

Anakmu itu rezeki...

Isterimu juga rezeki...

Mereka lebih berhak untuk disyukuri...

InsyaAllah suami yang membahagiakan ahli keluarga...

Akan dilancarkan urusannya...

Akan dimudahkan pekerjaannya...

Akan dimurahkan rezekinya...

Bahagiakanlah keluarga...

Ketika mereka masih ada...

Gembirakan mereka...

Ketika mereka masih di sisi kita...

Jangan sampai ianya menjadi penyesalan buat diri...

Ketika mereka sudah tiada disisi...

********

Apabila membawa anak-anak pergi bercuti, bukan sahaja satu keluarga akan berasa bahagia dan gembira malah, hati ibu bapa akan berasa tenang, kerana telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Malah menjaga amanah dari Allah SWT dengan sempurna.

Disamping itu, secara saintifiknya, membawa anak-anak pergi bercuti sebenarnya penting kerana…

1. Anak-anak akan ada kenangan indah ketika kecil.

Menurut kajian dari United Kingdom, memori yang paling terindah bagi sebuah keluarga adalah apabila dapat bercuti bersama-sama. Itulah kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan. Kita yang dewasa pun sering kali throwback atau mengenang kembali ketika bercuti bersama keluarga kan? Inikan anak-anak kecil pula yang lebih mudah mengingati zaman kecilnya.

2. Baik untuk perkembangan minda anak-anak.

Menurut kajian dari pakar lagi, bercuti seperti bermain-main di pantai dan seumpama dengannya mampu memperkasakan kebolehan anak-anak untuk berfikir dan mencari idea baru. Biarlah anak-anak bermain dengan pasir dan air, kerana ia adalah pengalaman baru untuk anak-anak.

3. Meningkat IQ anak-anak.

Intelligent Quotient (IQ) anak-anak dapat dipertingkatkan apabila keluar daripada rumah. Semakin banyak anak-anak kecil terdedah dengan dunia luar, semakin banyak mereka boleh pelajari perkara baru. Namun, perkara tersebut perlulah contoh yang baik supaya minda mereka tidak terpengaruh dengan  budaya negatif.

4. Kesihatan anak-anak bertambah baik.

Terdapat kajian saintifik yang dilakukan oleh Universiti Michigan di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa berjalan bersama orang yang disayangi di persekitaran yang indah, seperti hutan, dapat menenangkan minda, menghentikan tekanan jiwa atau depresi, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan!

Ini kerana dengan membawa anak-anak keluar berjalan, dapat merubah moodnya menjadi lebih gembira. Sama juga seperti orang dewasa.

Oleh itu, jangan kedekut dengan anak-anak untuk membawa mereka keluar bercuti ke tempat lain sekurang-kurangnya sekali setahun.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen