Raikan Majlis Perkahwinan Dengan Mendapat Keberkatan Allah.

 

Tahukah anda, sebenarnya rumah tangga yang berkat dan bahagia bermula daripada urusan sebelum pernikahan lagi. Contohnya urusan di antara kedua-dua bakal pengantin, urusan membeli barang-barang hantaran, urusan dengan pihak masjid, urusan kenduri dan segala urusan yang dilakukan sebelum majlis berlangsung. Ini semua dinilai oleh Allah SWT serta memberi kesan kepada rumah tangga yang bakal dibina. Islam amat menggalakkan agar perkahwinan itu diheboh-hebohkan dan diberitahu pada masyarakat sekeliling. Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW, Rasulullah memberitahu agar perkahwinan itu diwar-warkan. Dan salah satu cara untuk mewar-warkan perkahwinan itu adalah dengan mengadakan majlis untuk menjamu dan meraikan para tetamu yang hadir. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dalam mengadakan majlis perkahwinan seperti menjauhkan segala fitnah oleh masyarakat bila melihat suami isteri berdua, menggembirakan tetamu, mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan, membina ikatan kekeluargaan yang kuat antara keluarga isteri dan keluarga suami serta banyak lagi.



Namun, masyarakat kini sudah semakin salah erti tentang urusan perkahwinan ini. Ramai yang menganggap semakin mahal dan mewah perbelanjaan perkahwinan itu, maka seolah-olah semakin baik majlisnya dan kelihatan hebat. Duit yang sepatutnya boleh dimanfaatkan selepas pernikahan, dibazirkan begitu sahaja untuk sebuah majlis yang berlangsung sehari. Sedang rumah tangga itu perlu dijaga untuk selama-lamanya sehingga ke akhir hayat. Ini merupakan suatu sudut pandang yang salah dan wajib untuk kita perbetulkan sebelum ia menjadi lebih teruk dengan lebih dahsyat dalam masyarakat kita. Terlalu ramai di kalangan kita yang membelanjakan wang untuk persiapan perkahwinan kepada perkara-perkara yang tidak perlu seperti menyewa baju pengantin yang mencecah ribuan ringgit, dewan atau hotel yang mewah dan terlalu mahal, pelamin yang gah, solekan pengantin perempuan yang keterlaluan dan terlalu mahal harganya dan macam-macam lagi. Islam tidak pernah melarang untuk kita bergembira dan berbelanja untuk majlis perkahwinan, namun biarlah berpatutan. Ia tetap mampu diraikan dengan penuh gemilang dan yang paling penting mendapat keberkatan Allah SWT.



Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surah Al-Isra’, ayat 27;

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

 Ayat ini jelas memberitahu bahawa Allah SWT melarang kita daripada melakukan pembaziran dalam segala hal. Daripada sekecil-kecil urusan, hinggalah urusan yang besar seperti perkahwinan. Cabaran dan dugaan dalam membina rumah tangga adalah selepas bergelar suami isteri bukannya sebelum. Cabaran ini juga boleh hadir dalam bentuk wang ringgit. Justeru, adalah lebih baik wang simpanan yang lebih itu digunakan selepas kahwin kerana waktu itu, pasangan suami isteri yang baharu ini amat memerlukan wang dalam banyak hal. Buat para ibu bapa juga, permudahkan segala urusan walimatul urus buat anak-anak. Usahkan bebankan mereka dan diri anda sendiri. Insya-Allah keluarga yang dibina akan mendapat berkat daripada Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen