Bagaimana Untuk Menjadi Individu Yang Positif? Jom Baca!

 

Sebagai manusia biasa, menjadi individu yang positif kadang-kala adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana kita mempunyai perasan yang berbolak-balik dan mudah terpengaruh dengan godaan syaitan. Bila dah dihasut oleh syaitan, mulalah fikiran merewang dan mengandaikan sesuatu yang negatif.

Semuanya nampak negatif sahaja, tidak pernah nak nampak apa hikmah yang berlaku dalam sesuatu ujian.

Sukar untuk bersangka baik kerana hati sudah tertutup, dan terdapat juga sekelumit perasaan takut ketika berfikiran positif. Takut terjadinya sesuatu diluar jangkaan. Takut sekiranya berlaku kejadian yang buruk. Malah, sentiasa dikelilingi dengan orang yang negatif.

Jadilah orang yang positif dengan…

1. Melihat sesuatu perubahan satu persatu.

Kita perlu tahu bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita bukan berlaku dengan lancar. Jika mahu berubah hari ini, bukan hari ini juga hasilnya. Sudah tentu perlu menerusi beberapa langkah baru dapat lihat hasil yang baik.

2. Melihat pada progress.

Apabila kita mahu capai sesuatu yang diinginkan, pasti kita ingin lihat hasil tersebut sama standard dengan orang lain. Sebagai contoh kawan dah dapat degree, tetapi anda masih dalam progress. Cuba lihat pencapaian anda dengan kawan anda, pasti berbeza. Anda sudah tentu banyak pengalaman dalam bidang lain, manakala kawan pula tidak.

3. Melihat pengalaman anda yang boleh beri inspirasi pada orang lain.

Jangan menganggap segala pengalaman yang anda alami adalah sia-sia. Jika anda tidak berkeyakinan sudah tentu semua pengalaman tiada pengajaran. Sebab itu penting untuk berkawan dengan rakan-rakan yang positif dimana anda boleh berkongsi pengalaman yang mungkin jadi inspirasi mereka.

4. Melihat ketakutan anda sebenarnya boleh diatasi dengan perbuatan.

Anda perlu lihat semua perkara yang anda takuti sebenarnya boleh diatasi sekiranya anda bertindak. Tiada tindakan, tiadalah hasil. Sekurang-kurangnya anda bertindak sesuatu, dan melakukan pelbagai usaha untuk dapatkan hasil. Sebagai contoh, anda minat pada seseorang, luahkan sahaja, tiada luahan, tiadalah hasil.

5. Melihat semua ujian ini bukan anda seorang yang hadapi.

Mungkin anda sering fikirkan…

“Kenapa Allah uji aku macam ni?”

“Kenapa aku sorang je yang hadap semua ni?”

Jawapannya, TIDAK! Anda bukan keseorangan! Ketika anda sukar untuk bertemu jodoh, ramai lagi diluar sana mengalami nasib yang sama. Disaat anda masih belum dikurniakan cahaya mata, jangan terlalu bersedih, kerana ada sahaja pasangan masih belum memiliki anak.

CARI!

6. Melihat keupayaan diri sebagai manusia, bukannya robot!

Anda hanyalah manusia biasa, bukannya robot! Anda perlu berehat ketika penat. Jangan paksa diri untuk menjaga hati semua pihak. Nanti diri sendiri yang sakit, dan anda mula berfikir kenapa tiada orang paham dengan keadaan anda? Padahal anda sendiri yang memaksa diri melakukan perkara diluar batasan.

Rehat dan bertenang.

Namun, jangan berhenti dan mengalah.

Cuba ubah gaya hidup anda menjadi seorang positif, pasti tenang menjalani ujian Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen