"Ayuh Belajar Ubah Kewangan Anda Ke Arah Lebih Baik"- Amir Syahir.

 

Masalah kewangan sememangnya memeningkan kepala sesiapa sahaja. Buat mereka yang sudah berkahwin atau masih lagi bujang, masalah kewangan ini memang membebankan. Ramai yang tidak belajar pengurusan kewangan dengan cara yang betul walaupun, pelbagai ilmu pengurusan kewangan ini telah dikongsi oleh orang yang lebih berpengalaman.

Apabila ditimpa musibah, barulah ramai yang membuka mata untuk belajar pengurusan kewangan dengan betul, tapi itu masih lagi belum terlambat untuk anda mengubahnya. Mari ikuti perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai langkah yang perlu anda lakukan secara bijak untuk mengawal kewangan anda.



Jom Berubah Sekarang

*************************

Kesan kau tak pandai menguruskan kewangan dengan bijak akan memudahkan kau terjerumus dalam beban hutang. Memang tak nampak sekarang, tapi kesannya lagi 5-10 tahun akan datang. Masa tu kau dah berkeluarga, ada anak-anak.

Kau nak berubah? Okay, apa yang kau boleh buat adalah;

***

1. Analisa Kewangan Sendiri.

Analisa dan kaji selidik dulu berapa simpanan kau mampu buat tiap bulan.

Apa? Tak tahu duit hilang ke mana? Kadang-kadang dapat simpan RM100, kadang-kadang dapat simpan RM200?
Kesian. Sebab itu kau perlukan bantuan 'force saving'. Biar ada potongan daripada akaun bank gaji kau siap-siap.

Terus kau boleh menyimpan sedikit sebanyak.

2. Pastikan Ada 3 Komponen Utama.

i. Tabung kecemasan: 3-6 bulan pendapatan. Lagi banyak lagi bagus.

ii. Takaful / Insurans: pastikan ada medical card untuk lindungi kau dan kos perubatan.

iii. Pelaburan: melabur tempat yang dijamin selamat oleh kerajaan. Jauhi sebarang skim cepat kaya dan MLM.

3. Kehendak VS Keperluan.

Masih ramai lagi yang tak tahu beza keperluan dan kehendak. Secara ringkasnya kita perlukan makan dan minum. Tapi kalau setiap minggu kau makan tempat hipster tu dah kenapa? Perut kau perut orang Itali ke? Dah la makan mahal, tak kenyang pulak tu. Kau tak pe la kenyang dengan Likes je dah okay.

Kau kena tahu perbezaan belanja untuk sara hidup dengan gaya hidup. Jangan kau sengsara nanti sebab gaya hidup.

4. Jangan Buat Kesilapan Ini.

i. Hutang kad kredit

ii. Hutang kereta

iii. Hutang pinjaman peribadi

Anak muda yang dilaporkan muflis sebab tiga perkara di atas. Jadi, fikir masak-masak kalau kau nak buat tiga perkara tersebut. Kalau pandai manipulasikan kad kredit untuk bayaran bil utiliti, petrol, membeli barang keperluan boleh saja. Bukan untuk berhutang sampai beribu-ribu.

Ada beza kau swipe kad kredit dalam bank kau ada duit berbanding kau swipe kad kredit dalam bank kau kosong je. Ada beza tu.

5. Buat Belanjawan.

Hari cuti atau hari minggu cuba kau kira berapa komitmen kau dan peruntukan belanja tiap bulan. Buat bajet sendiri. Pastikan kau boleh ikut dan realistik sikit. Senang kau urus dan tahu ke mana kau nak belanja kan.

6. Tutup Kebocoran.

Contohnya, kau dah ada bajet RM200 untuk hiburan. Jangan biarkan bajet tersebut lebih daripada RM200. Jika lebih, ganti balik bulan depan. Duduk je rumah bila terlebih berbelanja.

7. Analisa, Kawal Dan Monitor.

Jika kau sudah analisa, mengawal, kau juga perlu monitor kewangan kau. Sebab tiap bulan selalu berubah. Yelah, kau kan ada makwe high maintenance. Kereta import mewah pun nak tukar sport rim dan hisap vape pulak tu. Jadi, kau kena monitor lah kau boleh ikut ke tak dengan bajet yang kau buat tu.

***

Sebenarnya semua perkara di atas kau dah tahu. Kau kena pandai kawal kewangan kau yang ciput tu dulu baru kau boleh kawal kewangan yang beribu-ribu satu hari nanti.

Ingat, sifir mudah pengurusan kewangan, dapat gaji, simpan dan barulah berbelanja. Cuba kumpul duit untuk beli kemahuan. Jangan kacau duit simpanan.

Akhir kata, belajarlah untuk kawal kewangan sendiri. Kah!

Pssstt.. Share lah jika bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen