Lelaki Ini Berkongsikan Kesan Apabila Marah Anak Terlalu Mengikut Emosi.

 

Menjadi para ibu bapa sememangnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Anak-anak pada zaman sekarang, terlalu mengikutkan perasaan tidak kira dari segi percakapan atau perbuatan. Jika tidak ikutkan kehendak mereka, pasti mereka akan mula memberontak dan memarahi ibu bapanya secara terang-terangan.

Jika dahulu apa yang kita dapat lihat, anak muda remaja yang sentiasa memberontak dan sentiasa tidak berpuas hati apabila hidupnya diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi kini, anak-anak kecil yang belum masuk tempoh baligh pun sudah tahu untuk menunjukkan perasaan. Malah menjadi lebih jauh daripada ibu bapa. Sahabat handai menjadi teman bicara.

Adakah ini disebabkan ibu bapa membiarkan ia berlaku sejak mereka dari kecil?

Apa yang menyebabkan anak-anak zaman sekarang lebih mencabar untuk dididik? Jom ikuti perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini….

********

Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.

Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi.

Ini bahaya.

Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.

Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.

Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.

Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.

Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.

Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagi lah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.

Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu! Tengok dekat anak tu!

Allahu.

Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.

Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.

Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.

Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Cewah.

Sekian.

Banyak lagi nak kena belajar untuk jadi walid.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen