Rumah Yang Sunyi Dari Diperdengarkan Ayat Al-Quran, Keluarga Di Dalamnya Mudah Berasa Tidak Tenteram.

 

Rumah adalah tempat yang indah di mana ia adalah punca kepada sebuah kebahagiaan dan ketenangan seseorang. Seseorang yang mendiami rumah yang penuh dengan ketenangan sudah pasti akan mampu menjalani satu hari yang baik buat mereka.

Untuk memiliki rumah yang tenang ini bukan perlu rumah yang mewah tapi adalah dengan sentiasa memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.

Menurut perkongsian Ustaz Farid Rashidi, rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.



Bagaimana hati nak tenang jika membaca kita sendiri tidak membaca al-Quran malah mengamalkannya. Mari ikuti perkongsian ini.

Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.
Nauzubillahhi minzalik.

Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumahtangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.

Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.

Ini berdasarkan hadis:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]


Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.

Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Bunyi fuhh fuhh... angin hembus celah gigi tak apa. Janji usaha ada.

Yang muda, jangan tunggu tua. Game, aplikasi hiburan boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?

Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.👍🏻

Boleh share, dan sebarkan kebaikan ke serata-rata ya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,694 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen