“Jigsaw Puzzle” Mampu Didik Keyakinan Anak-Anak Anda.

 

Apabila telah bergelar seorang ibu dan bapa ini, pasti lebih mengutamakan anak-anak. Terutama jika ia melibatkan tumbesaran anak-anak ini, pastilah mahukan yang terbaik buat mereka. Bagi anak-anak yang sedang mahu mengenali sesuatu adalah lebih jika di terapkan kepada mereka ini perkara yang baik-baik di mana ia melibatkan pembelajaran buat diri mereka.

Jigsaw Puzzle atau permainan susun suai gambar merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak anak anda. Oleh itu, segera kenalkan anak anda dengan permainan susun suai gambar.

Untuk ketahui lebih lanjut ikuti artikel ini.



                    

1. Menanam keyakinan diri anak anda.

Permainan ini adalah sangat mencabar dan memerlukan skil dan strategi yang baik bagi anak anda menyelesaikannya. Sepanjang proses menyiapkan set permainan susun suai gambar ini, pelbagai kemahiran akan diperolehi oleh anak anda. Kejayaan anak anda dalam menyempurnakan suatu set susun suai gambar ini akan mendatangkan perasaan puas hati dan bangga terhadap diri mereka sendiri. Ini merupakan permulaan yang baik dalam usaha menanam keyakinan diri anak anda.

2. Meningkatkan tumpuan dan memori anak anda.

Permainan ini dapat meningkatkan tumpuan anak anda. Ini kerana permainan ini memerlukan fokus yang sangat lama dalam meneliti dan mencari kepingan yang sesuai dalam permainan susun suai gambar ini. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan memori anak anda. Ini kerana kanak-kanak kebiasaannya gemar untuk bermain set permainan susun suai gambar yang sama lalu menyebabkan mereka mudah untuk mengingati setiap kepingan dalam suatu set permainan tersebut. Ini sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anak anda.

3. Melatih kemahiran motor dan koordinasi anak anda.

Permainan ini merupakan antara cara yang terbaik dan menarik untuk membantu melatih kemahiran motor anak anda. Ini kerana permainan ini memerlukan anak anda untuk memegang, mengangkat serta mencantum kepingan set permainan susun suai gambar ini setepatnya. Selain itu juga, permainan ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan anak anda. Ini kerana permainan ini turut memerlukan manipulasi koordinasi mata dan tangan yang sesuai. Permainan ini akan menjadi latihan yang bagus untuk kemahiran menulis anak anda kelak.

4. Melatih kemahiran sosial anak anda.

Kadangkala, permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan. Selain dapat menanam semangat bekerjasama dan berkomuniti, permainan ini secara tidak langsung dapat melatih anak anda untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam usaha mereka berbincang mengenai kesesuaian kepingan set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Ini sekaligus dapat melatih kemahiran sosial anak anda.

5. Mengajar anak anda erti kesabaran.

Permainan ini adalah sangat mencabar dan memerlukan masa dan kesabaran yang sangat tinggi. Sepanjang proses mencantum dan menyempurnakan setiap kepingan set permainan susun suai gambar ini, anak anda akan mula mengajar diri mereka sendiri akan erti kesabaran. Secara tidak langsung juga, mereka turut akan menanam sikap tidak putus asa dalam diri.

6. Menajamkan skil penyelesaian masalah anak anda.

Tentu sahaja permainan ini adalah tidak mudah bagi kanak-kanak. Mereka memerlukan pemikiran yang logik dan kreatif demi menyelesaikan masalah dalam set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Sepanjang bermain permainan ini, mereka dapat menajamkan skil penyelesaian masalah mereka menerusi pemikiran logik dan kreatif yang dapat digunakan untuk permainan susun suai gambar yang seterusnya. Skil ini juga sangat penting bagi menjalani kehidupan mereka dewasa kelak.

7. Menambahkan pengetahuan kognitif anak anda.

Permainan ini boleh wujud dalam bentuk gambar yang pelbagai tema dan topik. Contohnya gambar haiwan, tumbuh-tumbuhan, kenderaan dan makanan. Selain itu juga, permainan ini turut mempunyai kepelbagaian dalam bentuk, warna malahan saiznya. Ini secara tidak langsung dapat merangsang kepekaan visual dan sekaligus menambahkan pengetahuan kognitif anak anda yang gemar bermain permainan ini.

Jika hendak dibandingkan dengan permainan dalam talian yang terdapat dalam komputer atau telefon pintar, permainan tradisi susun suai gambar ini merupakan pilihan terbaik untuk anak anda. Ini kerana permainan ini bukan sahaja dapat memberi hiburan malahan secara tidak langsung dapat mendidik dan melatih fizikal dan mental anak anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen