10 Cara Ekspresi Rasa Cinta Tanpa Harus Mengucapkannya. Sesuai Untuk Si Pemalu.

 

Hidup berpasang-pasangan sudah menjadi naluri semulajadi manusia yang dianugerahkan oleh Allah. Hidup bersama ini juga akan membantu seseorang untuk saling tolong-menolong dan menunjukkan cinta serta kasih sayangnya antara satu sama lain. Namun hidup berpasang-pasangan memang tidak mudah. Dua peribadi dengan sikap yang berbeza mungkin akan menyebabkan berlakunya konflik. Konflik yang berlaku jika tidak diselesaikan secepat mungkin lambat laun boleh mengikis rasa cinta yang seharusnya dipertahankan. Cinta adalah perasaan yang unik, mampu mencipta kebahagiaan serta semangat dalam kehidupan. Kekuatan cinta memiliki pengaruh yang sangat besar pada manusia. Ia boleh mengubah hati seseorang yang awalnya keras menjadi lembut. Jika anda saat ini sedang bingung memikirkan tentang bagaimana menunjukkan rasa cinta kepada pasangan tanpa harus berkata-kata, cuba lakukan 10 perkara di bawah ini :



1. Memasak makanan kegemarannya.

Tunjukkan rasa cinta anda kepada pasangan dengan cara memasak makanan kegemarannya. Meski anda tidak pandai memasak, cuba luangkan waktu untuk mempelajari apa sahaja bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat makanan tersebut. Tidak mahir memasak? Tidak usah bimbang. Boleh belajar memasak menggunakan Youtube. Usaha anda tentunya akan membuat si dia rasa lebih dicintai.

2. Mandikan anak-anak.

Buat para suami, beri kejutan kepada pasangan anda dengan memandikan anak-anak sebelum isteri pulang ke rumah. Melihat anak-anak sudah bersih, segar dan wangi boleh menjadi pelepas lelah setelah seharian si dia di tempat kerja.



3. Kemas rumah.

Rumah harus ditata kemas agar selesa untuk seisi keluarga. Bayangkan bagaimana perasaan pasangan anda ketika melihat rumah selalu dalam keadaan berantakan setelah dia pulang bekerja? Rumah yang rapi dan nyaman boleh meningkatkan semangat dan membuatkan kesihatan seluruh penghuninya terjamin.

4. Bantu si Dia menyelesaikan pekerjaannya.

Tanpa perlu diminta, para suami, anda boleh bantu isteri menyelesaikan tugas-tugas isteri. Bantuan yang anda hulurkan tidak hanya membuatkan beban pekerjaannya menjadi ringan tetapi juga mampu memperkuatkan rasa cinta si dia kepada anda.

5. Sentiasa bersedia untuk pasangan.

Sentiasalah bersedia untuk pasangan terutama di saat-saat si dia memerlukan anda. Pasangan anda tentunya akan berasa lebih selamat jika anda selalu bersedia untuk dirinya apatahlagi ketika menghadapi saat-saat kecemasan.



6. Luangkan lebih banyak waktu untuk pasangan dan keluarga.

Jangan pernah sia-siakan kesempatan untuk berkumpul bersama suami/isteri dan anak-anak. Jangan jadikan kesibukan pekerjaan sebagai alasan anda tidak memiliki waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Anda yang mengatur masa bukannya masa yang mengatur anda.

7. Gunakan tutur kata yang sopan.

Tunjukkan rasa cinta anda kepada pasangan dengan selalu menggunakan tutur kata sopan. Ketika sedang menghadapi perselisihan, seboleh mungkin hindari perdebatan-perdebatan yang tidak perlu. Mengalahlah jika hal tersebut boleh mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak.

8. Jangan pernah menceritakan kelemahannya kepada orang lain.

Untuk menjaga harga diri pasangan, hal-hal buruk yang kerap si dia lakukan sebaiknya tidak dijadikan topik perbualan dengan orang lain. Tidak ada seorang individu pun yang sempurna. Tunjukkan rasa cinta anda kepadanya dengan tidak menceritakan kelemahannya kepada orang lain.



9. Jadilah pendengar yang baik.

Meskipun mungkin tidak ada perkara istimewa yang boleh anda berikan untuk orang yang paling anda cintai, setidak-tidaknya jadilah pendengar yang baik untuknya. Tunjukkan kepadanya sikap ambil peduli anda, bantu dan berikan nasihat kepadanya ketika si dia sedang mengalami masa-masa sulit.

10. Dorong si dia untuk lebih dekat dengan Allah.

Tunjukkan rasa cinta anda kepada pasangan tidak hanya berkaitan dengan masalah-masalah duniawi sahaja. Dorong pasangan anda untuk selalu mendekatkan diri kepada Yang Maha Kuasa dalam segala hal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen