Bernikahlah Demi Mencari Sakinah Mawaddah Wa Rahmah Dalam Keluarga.

 

Dalam pembentukan sebuah keluarga terutamanya bagi seorang Muslim, sudah tentu menginginkan suasana rumah yang penuh dengan kasih sayang, tenang dan nyaman. Malah, apabila melihat wajah pasangan dan anak-anak juga turut berasa aman dan damai. Berkejar-kejar mahu pulang ke rumah, sekiranya bertungkus lumus mencari rezeki beberapa hari terpaksa meninggalkan keluarga.

Namun sedemikian, adakah pada masa kini dikalangan kita menginginkan keluarga yang sebegini rupa?

Masakan, ingin berkejar-kejar pulang ke rumah sekiranya terlalu banyak kerja di pejabat yang ingin diuruskan. Apabila terlalu mengejar dunia, ilmu akhirat tinggal berciciran.

Pernikahan dan perkahwinan, perlukan niat yang betul, jangan terlalu mengejar duit dan harta semata-mata. Carilah keredhaan Allah SWT dalam pernikahan iaitu:

  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  • Mendapatkan zuriat solehah.
  • Memelihara maruah diri.
  • Mencari sakinah (ketenangan jiwa).
  • Memperoleh rahmah.
  • Menghasilkan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Sebagaimana  firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (Surah Al-Rum: 21)

SUAMI ISTERI PERLU TAHU TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

Dalam mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri harus memainkan peranan dan tanggung jawab, sepertimana seorang isteri perlu taat pada suaminya. Pada masa kini agak sukar untuk mencari wanita yang solehah hanya kerana gagal mentaati suaminya. Janganlah menjadi isteri yang derhaka, kerana nerakalah tempatnya.

Seperti Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya” [Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)]

Ternyata masa kini, para wanitalah yang mudah terpedaya dengan pujukan syaitan kerana hati dan perasaan yang berbolak balik mengikut emosi. Seorang suami yang perlu dipandang sebagai pemimpin, tidak lagi disanjungi dan dihormati hanya kerana memiliki kerjaya dan pendapatan yang tinggi. Apabila seorang isteri mula berkuasa dalam rumah tangga, terlalu banyak onak dan duri perlu dirintangi.

Jika tidak diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana, maka tidak lahirlah sebuah rumah yang Sakinah Mawaddah Wa Rahmah. Tidak lagi dipanggil ‘Rumahku Syugaku’…

Hanya kerana pangkat, wang dan harta telah melahirkan insan yang begitu tinggi egonya. Ungkapan maaf tidak lagi didengar. Isteri yang tidak redha dan bersyukur dengan kemampuan suami, si suami pula cuba mencari pihak ketiga untuk memahami dirinya.

Salah siapa?

Kerana itu, menurut Islam, pentingnya SYURA. Berbincang dikala adanya kemelut rumah tangga. Bukan menyebarkan aib pasangan di sosial media. Runtuhnya sebuah keluarga dan rumah tangga, akhirnya syaitan yang meraih kejayaannya.

PERKAHWINAN YANG BAHAGIA PERLU ADANYA...

  • Kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan.
  • Setiap pasangan bertangungjawab dan peranan masing-masing.
  • Pasangan suami isteri perlu menzahirkan perngorbanan.

Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Para ibu bapa perlu membentuk anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Berkejar-kejar mendidik anak surah Al-Fatihah dan solat 5 waktu. Pentingkan ilmu keagamaan dahulu, kemudian tentang dunia.

Zaman sekarang, ibu bapa seolah-olah risau dan takut sekiranya anak tidak fasih berbahasa inggeris. Takut anak-anak ketinggalan dalam mengetahui tentang sosial media. Takut sekiranya anak-anak tidak mengenali selebriti di dalam dan diluar negara.

Jadilah role model yang hebat untuk anak-anak. Ajari anak-anak dengan panduan Al-Qur’an sunnah. Siapa Nabi Muhammah SAW? Siapa sahabat-sahabatnya? Siapa isterinya? Tanamkanlah jiwa tauhid yang kukuh pada anak-anak supaya mereka tahu pergantungan yang penting adalah dari Allah SWT.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen