Wanita Ini Kongsikan Untuk Ibu Bapa Perlu Elak Dari Sebut 8 Ayat Sentap Ini Pada Anak-Anak.

 

Anak-anak juga mempunyai yang sensitif dimana mereka amat memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapanya. Sekiranya ibu bapanya juga turut melemparkan ayat-ayat kasar dan sentap, mereka akan berasa kurang kasih sayang. Jangan biarkan ini terjadi dengan ikuti perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian ini….

********

Seboleh-bolehnya kita ELAK atau jangan cakap langsung pada anak 8 ayat yang menyentap jiwa ni :

1. “Apesal lah adik ni nakal sangat. Langsung taknak dengar cakap ummi”

Kita sebut kata-kata negatif yang merujuk pada sikap dan perangai anak.

2. “Seronok kakak jadi pemalas macam ni? Ummi minta tolong apa pun kakak taknak buat”

Anything yang kita sebut adalah ayat negatif yang terus tuju pada dia. Kena anak yang jenis memberontak, dia akan terus nak jadi kekal sama macam apa yang kita sebut.

UBAH YANG NEGATIF PADA AYAT POSITIF.

3. “Adik dengar cakap ummi boleh? Adik duduk diam-diam kat sini. Jangan kacau kakak tidur. Adik kan budak baik, suka dengar cakap ummi.”

“Jangan kacau ummi boleh tak? Ummi tengah sibuk ni. Pergi main jauh-jauh”

Perghhhh..ayat SENTAP yang paling ramai ibu ayah guna. Dalam pada kita tak sedar, inilah ayat “makan dalam” kat hati anak-anak. Instead of kita ungkapkan kata-kata yang macam “menghalau” ni, lebih baik kita alihkan perhatian anak kepada benda lain.

Contoh dengan bagi anak mainan, buku mewarna atau apa-apa aktiviti yang boleh buatkan dia turut “sibuk”.

Atau minta anak main sendiri dulu. Nanti bila kerja kita dah setel, kita akan join main dengan dia. Tapi pastikan apa yang kita janji tu kita buat okay.

4. “Janganlah menangis!”

Menangis, sedih, takut, marah tu semua perasaan. Semuanya ekspresi emosi. Kita tak bagi anak menangis. Tapi bila kita sedih, pandai pulak kita menangis. Anak menangis sebab dia nak ekspreskan emosi dia. Biarkan dia menangis. Bantu dia untuk kenalpasti apa emosi yang tengah dia lalui waktu tu.

Dia menangis sebab kawan rampas mainan ke, dia menangis sebab kena marah dengan cikgu ke. Kita tolong dia describe perasaan dia, sabarkan hati dia. Bagitahu dia apa yang betul, apa yang salah. Tunjukkan rasa empati kita pada dia. Peluk, belai dan pujuk anak yang menangis dengan kata-kata hikmah.

5. “Adik cuba tengok abang tu. Rajin bila ummi minta tolong. Adik bila ummi suruh ada je alasannya. Malas betul.”

Satu lagi ayat sentap yang ibu ayah biasa guna. Membanding-bandingkan antara adik-beradik. Antara anak kita dengan anak jiran. Antara anak kita dengan sepupu dia.

Membandingkan dari segi rupa, perangai, kepandaian.

Apa pun kelemahan anak kita, bila bercakap cuba untuk fokus pada diri dia je. Tak perlu kita nak buat perbandingan. Anak buat salah, kita terus bertindak atau tegur atau bagi hukuman jam tu juga. Tak perlu tangguh-tangguh. Baru anak tahu apa salah dia. Tak perlu tunggu babahnya balik baru nak suruh babahnya yang bertindak.

Sebab, kesalahan yang dah terjadi pagi tadi tapi petang baru kita nak bagi hukuman, memang dah terlambat. Anak dah terlupa apa salah dia. Lepastu baru kita nak marah/hukum semula.

Sudahnya dia tak faham apa salah yang dia buat.

6. “Bagusnya fayyadh kongsi mainan dengan kawan.”

Puji sekali, dua kali atas satu-satu sikap baik anak-anak still okay. Tapi setiap kali anak buat benda yang elok, dan setiap kali tu juga kita dok puji dia berlebih-lebihan, finally pujian kita akan nampak murah.

Sama ada anak akan buat sesuatu hanya untuk buat kita impress atau anak dah tak kesah dengan bentuk pujian kita.

Puji anak sama macam marahkan anak. Biar berpada, dan pujilah pada usaha dia bukan pada hasilnya.

” Alhamdulillah, ummi bangga dengan fayyadh sebab boleh mengalah kongsi mainan dengan kawan.”

7. ” Fayyadh kenapa? SELALU sangat buat ummi marah? ”

ATAU

8. “Fayyadh kenapa? TAK PERNAH nak kemas barang mainan sendiri.”

SELALU dan TAK PERNAH merujuk pada konsistensi anak dalam buat satu-satu habit. Yang lama-kelamaan akan membentuk akhlak dan peribadi dia.

Bila kita asyik sebut 2 perkataan ni pada anak, automatik dah disetkan dalam minda dia yang dia orangnya memang begitu.

UBAH AYAT KITA.

“Fayyadh dah puas main, simpan mainan ni elok-elok. Kemas masuk dalam kotak. Nanti kalau kaki fayyadh terpijak mainan ni, kaki fayyadh yang luka.”

“Bukan macam tulah caranya. Meh sinilah biar ummi buat.”

Ayat ni ayat yang memang confirm boleh hilangkan keyakinan anak, boleh buatkan anak hilang percaya pada kebolehan diri, boleh buat anak lemah semangat dan putus asa.

Walaupun anak buat tak betul, hasil kerja tak memuaskan hati, ada cara kita nak tunjukkan atau ajarkan benda yang betul pada dia.

“Fayyadh, baju ni fayyadh tarik sikit kat sini. Haa nampak kan tu. Baru masuk dalam hanger dia. Okay, dah pergi gantung baju tu.”

Setiap hari dan sebelum kita tidur, kita cuba review semula apa yang berlaku sepanjang hari. Kalau anak ada buat perangai, cuba cari apa puncanya.

Adakah kita ungkapkan kata-kata yang salah, tindakan kita pada anak tak sesuai dengan kesalahan dia? Kita check dan muhasabah balik. Supaya esok, kita boleh improve lagi teknik parenting kita. Kita semua sama. Tak sempurna. Tapi masih ingin terus belajar jadi orang tua yang terbaik untuk anak-anak.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen