Isteri Adalah Adiwira, Sentiasa Menjadi Penjaga Sebuah Keluarga.

 

Secara dasarnya seorang wanita itu kelihatan lemah dan memerlukan perlindungan yang mencukupi dari seorang lelaki. Manakala, lelaki pula kelihatan begitu kuat dan mampu melindungi kaum wanita. Itu adalah perbezaan yang kerap kali nyatakan akan perbezaan di antara jantina ini.

Itu dari segi penglihatan secara dasarnya sahaja, tapi jika diteliti secara betul-betul, seorang wanita ini lebih kuat dan tabah dalamannya manakala lelaki ini lebih kuat luarannya sahaja. Ini dapat dilihat dalam sebuah perkahwinan di mana seorang suami memerlukan rehat apabila sudah tiba limitnya tapi wanita masih mampu bertahan menjaga anak dan melakukan kerja rumah walaupun mendapat rehat yang sedikit.

Tak percaya? Mari ikuti perkongsian daripada saudara Mohd Fhais mengenai isteri-isteri ini adalah adiwira dalam keluarga, di mana ia menjadi penguat dalam sebuah rumah tangga.




                     

"Wanita terkenal dengan sifat manja, lemah lembut dan sopan santun mereka. Tapi jangan main-main, di sebalik keayuan mereka itu ada kuasa tersembunyi.

Tak boleh disangkal lagi !

Wanita je boleh menjaga anak yang sakit 24 jam sehari tanpa rasa penat. Tak mengeluh sedikit pun. Sedangkan kita sikit sikit aduh penat, adeh sakit pinggang.

Kebiasaannya wanita perlu tidur 20 minit lebih dari lelaki supaya dapat recharge tenaga balik. Tapi bila bab menjaga anak sakit ni diorang sanggup tidur sehari 1-2 jam je dan lagi hebat dia masih kekal bertenaga. Hebatkan!

Lelaki pula ada had. Cukup masa memang kena tidur. Anak menangis pun masih boleh berdengkur. Bila dah tidur bukan mata je tutup, telinga pun tertutup sekali. Patutlah lelaki kena tidur kurang 20 minit dari wanita.

Yang paling saya tabik ialah daya tahan wanita. Memang kebal dari penyakit. Biasa kita kalau dah terlampau penat campur kurang tidur badan mesti layu, mesti senang nak jatuh sakit. Tapi wanita ni pelik, tak sakit langsung.


Sungguh hebat kuasa seorang ibu!

Sebab inilah wanita jadi PENJAGA KELUARGA KITA!


Sebab tiada orang lain yang lebih kuat dan lebih berdaya dari wanita untuk menjaga kebajikan dan kesihatan semua ahli keluarganya.

Respect isteri dan wanita kat luar sana.

P/s : Post ini halal untuk dikongsikan dengan pasangan dan wanita paling hebat dalam hidup anda supaya mereka rasa dihargai."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen