6 Tips Perkahwinan. Semua Pasangan Yang Ingin Kahwin Dalam Usia Muda Mesti Tahu!

 

Perkahwinan adalah sebuah proses di mana di dalamnya ada pelajaran demi pelajaran yang anda dan pasangan harus lalui untuk terus lulus pada setiap ‘ujian perkahwinan’ yang akan datang. Proses pembelajaran dalam perkahwinan tidaklah mudah. Kesulitan dan masalah merupakan tentangan yang akan dihadapi oleh setiap pasangan suami isteri sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Untuk menuju dan memasuki dunia perkahwinan, setiap pasangan harus memiliki bekal yang kuat agar nantinya mampu bertahan menjalani proses demi proses yang terjadi sehinggalah mendapat tujuan perkahwinan iaitu kebahagiaan yang sejati. Perkahwinan bukan medan permainan yang jika tidak suka atau tidak sesuai, dengan mudah anda boleh keluar daripada permainan tersebut. Perkahwinan tidak semudah itu apatahlagi jika anda dan pasangan berkeinginan untuk berkahwin dalam usia yang muda.



Ada 6 pelajaran penting tentang dunia perkahwinan yang harus diketahui oleh pasangan kekasih yang ingin berkahwin dalam usia muda. Pelajaran ini sebagai pengetahuan agar anda yakin dengan keputusan anda.

1. Bukan sekadar perasaan cinta semata-mata.

Jangan salah mengertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan pasangan anda. Meskipun anda berdua saling mencintai dan tidak meragukan perasaan tersebut, bukan bererti anda harus sesegera mungkin untuk berkahwin. Sekarang ini, usia muda bukan lagi penghalang bagi seseorang yang ingin berkahwin dalam usia muda. Tetapi perlu diketahui, cinta bukan alasan anda wajib untuk secepatnya berkahwin.

2. Tanggungjawab semakin bertambah.

Untuk yang bercadang-cadang berkahwin dalam usia muda ini ertinya anda telah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab berganda. Anda tidak lagi bertanggung jawab atas diri anda sendiri, melainkan anda harus bertanggung jawab pada pasangan anda, perkahwinan anda, anak-anak anda kelak, mertua anda, bertanggung jawab atas peranan baharu, dan urusan rumah tangga. Jika belum siap, jangan cuba-cuba untuk melangkah ke alam perkahwinan hanya dengan bertiketkan cinta.

3. Kebebasan agak terhad.

Sudah pasti kebebasan anda tidak seperti waktu anda masih bujang. Apabila sudah mendirikan rumahtangga, sedikit sebanyak kebebasan anda akan sedikit tersekat memandangkan anda punya tanggungjawab kepada pasangan.



4. Mempengaruhi karier dan pelajaran anda.

Semua orang tentu punya target sendiri bila ingin mendirikan rumahtangga. Buat mereka yang masih belajar, fikir semasak-masaknya adakah keputusan anda itu tepat? Paling penting dapatkan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Pastikan anda dan pasangan menamatkan pengajian mengikut yang sepatutnya. Buat yang telah bekerja mungkin ada sedikit perubahan yang perlu dilakukan. Jika kebiasaannya anda gemar bekerja di hujung minggu, selepas berkahwin, ubah cara tersebut. Pasangan perlukan perhatian anda.

5. Telah bersedia untuk ‘dilepaskan’ daripada tanggungjawab ibu bapa.

Jika anda sudah sangat yakin boleh lepas atau jauh daripada perhatian ibu bapa anda, tidak menjadi masalah jika anda dan pasangan ingin berkahwin dalam usia muda. Ini kerana apabila anda mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga ertinya anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.

6. Mengubah pola kehidupan peribadi anda.

Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentuya jauh berbeza. Anda tidak boleh lagi membuat keputusan atau bertindak seorang sendiri. Anda harus melibatkan pasangan dalam semua perkara. Ini kerana perkahwinan ialah perkongsian dalam semua perkara.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen