Ibu-Ibu Mengandung Tiada Alasan Untuk Tidak Memakai Tali Pinggang Keselamatan, Ini Cara Memakainya Ketika Hamil.

 

Ibu-Ibu mengandung ini sememangnya mempunyai masalah untuk memakai tali pinggang keselamatan, mana tidaknya dengan perut yang membesar itu pasti akan mudah rasa rimas jika terikat lama. Bukan itu sahaja, jika tidak menggunakan tali pinggang keselamatan dengan betul, mungkin akan memudaratkan organ dalaman ibu-ibu.

Mengandung bukan satu alasan yang boleh digunakan untuk tidak memakai tali pinggang keselamatan. Ini kerana, anda tidak tahu bila bahaya akan menghampiri anda. Mungkin agak tidak selesa tetapi keselamatan diri anda perlu diutamakan.



Berdasarkan perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ada cara yang bersesuaian buat ibu-ibu hamil ini memakai tali pinggang keselamatan.

Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?

                   

Cara pemakain tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :

1. Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.

Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.

2. SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang.

Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus danberada di atas paha tetapi di bawah perut


3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.

4. Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.

5. Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.

6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag)

TAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.

Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.

Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden.

Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag'.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen