“Nak Jumpa Bakal Ibu Mertua, Tapi Tapak Tangan Kasar…” Jom Guna Beberapa Krim Tangan Ini.

 

Menjadi kaum wanita, memang amat menitikberatkan penampilan dari luar dan dalaman. Apabila mahu berjumpa dengan bakal ibu mertua, pasti membuatkan hati berasa tidak tenteram dengan penampilan diri sendiri, padahal semua yang memandang okay sahaja. Diri anda sendiri yang merasakan semuanya serba tidak kena.

Tudung dah okay.

Muka dan solekan pun dah okay.

Pakaian yang sesuai pun dah okay.

Cuma…..

Tangan sedikit kasar, kerana terlalu kering. Nanti salam dengan bakal ibu mertua, apa pula yang mereka fikirkan nanti, pasti ada sahaja andaian yang bermain di minda. Jadi, nak jumpa bakal mertua, pakailah krim tangan atau lotion untuk mengelakkan tapak tangan menjadi begitu kering.

Antara lotion yang anda boleh gunakan adalah:

1. Vaseline.

Image result for losyen vaseline untuk kulit kering

Pada mereka yang memiliki tapak tangan yang begitu kering, gunakan lotion Vaseline ini kerana ia amat sesuai pada mereka yang memiliki tangan yang kasar. Gunakan setiap hari supaya anda dapat merasakan kelembapan dari lotion tersebut. Mereka yang sering terdedah dengan aircond di pejabat juga amat digalakkan mengguna lotion ini.

2. L'OCCITANE Shea Butter Hand.

Image result for l'occitane shea butter hand cream

Krim tangan dari bahan shea butter, madu dan ekstrak badam manis ini dicampur dengan aroma ringan mampu menyerap ke dalam kulit anda untuk membantu menyembuhkan dan melindungi kulit yang kering. Selain itu, dengan kadar antioksidan yang tinggi, ia turut membantu melembapkan kulit tangan sepanjang hari. Kulit akan terasa lembab dan lembut sambil dapat mewangikan tangan anda sekaligus.

3. The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream.

Image result for The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream.

 

Jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, krim ini mampu menenangkan dan sesuai untuk anda. Ia diperkaya dengan susu badam organik dan madu yang dapat melindungi kulit anda dari kering dan kasar. Krim ini dapat melembutkan kulit anda dengan khasiat susu badam yang membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk memberi kelembapan pada kulit. Ia telah diuji secara dermatologi dan sesuai bagi hypoalergik.

4. Bioderma Atoderm Mains Repair Hand Cream.

Image result for Bioderma Atoderm Mains Repair Hand Cream.

Krim dengan formula yang wangi dan tidak melekit ini menawarkan pembaikan yang cepat untuk kulit yang mengalami kerosakan akibat mengelupas, kering dan alergik. Dengan fungsi pembaikan, ia membantu memperbaharui sel kulit anda untuk pemulihan. Penggunaan secara konsisten dapat membantu memperbaiki masalah kulit anda.

5. The Face Shop Daily Perfumed Hand Cream.

Image result for The Face Shop Daily Perfumed Hand Cream.

Krim yang mempunyai 10 jenis wangian untuk anda pilih. Ia krim jenis meresap cepat ke dalam kulit dan membantu melembutkan telapak tangan anda. Dengan bahan semulajadi β-glucan, ia meningkatkan imuniti sel kulit dan melindungi kulit dari kedutan. Dengan setiap bau-bauan yang sedap dari jenis krim ini, pasti memberikan anda lebih keyakinan setiap hari.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,541 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen