Tips Untuk Menghilangkan ‘Eyebag’ Demi Wajah Berseri Ketika Persandingan.

 

Eyebag atau mata panda amat digeruni oleh sesiapa sahaja kerana ia ‘mencacatkan’ penampilan diri sendiri. Bagi golongan wanita, solekan yang tebal adalah salah satu cara untuk menutup mata panda ini, namun pasti masih rasa tidak berpuas hati kerana siapa sahaja mahu bersolek dengan tebal sepanjang masa.

Jadi, cuba lakukan beberapa tips mudah ini untuk menghilangkan eyebag dalam masa yang singkat…

1. Ais batu.

Ais batu diletakkan ke dalam bekas kecil kemudian celupkan tuala lembut tersebut ke dalam air batu dan biarkan sehingga ais batu tersebut meresap di tuala. Gunakan tuala tadi untuk menekap di wajah. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, lakukuan dua kali sehari, terutama sebelum anda tidur pada malam hari.

2. Sudu besi.

Letakkan sudu besi dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 20 minit. Kemudian letakkan pada kawasan bawah mata yang menghitam. Biarkan sehingga suhu senduk kembali pada suhu normal. Kesejukkan pada sudu tersebut akan memberikan efek untuk menyegarkan mata anda yang penat.

3. Kentang.

Ambil sebiji kentang, cuci hingga bersih dan kisar. Ambil sedikit dan letakkan pada bahagian bawah kantung mata anda, biarkan hingga 30 minit Kemudian bilas dengan menggunakan lap air suam. Lakukan cara ini tiga kali dalam seminggu.

4. Susu segar.

Rendamkan kapas didalam susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. Tak perlu sehingga susu meleleh pula. Lembapkan kapas kemudian biarkan di atas mata selama 30 minit. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

5. Uncang teh.

Gunakan uncang teh yang telah digunakan untuk membuat air teh secara kebiasaannya. Biarkan sedikit lama dan simpan di dalam peti sejuk pula untuk memaksimumkan suhu sejuk tersebut. Sama sahaja seperti kaedah sudu besi. Apabila anda rasa uncang teh tersebut sudah mencapai tahap sejuk yang anda mahukan, letak di atas mata, dan biarkan selama 30 minit.

6. Putih telur.

Gunakan hanya putih telur sahaja, jadi anda perlu asingkan putih telur dengan kuning telur tersebut. Macam nak buat kek, kacau putih telur tersebut sehingga jadi whipped cream. Tapi kali ni nak buat untuk masker mata panda, jadi tak perlu sehingga jadi whipped cream. Kacau putih telur untuk beberapa minit kemudian letakkan di bahagian bawah mata anda yang hitam. Biarkan sehingga anda berasa bawah mata anda sangat tegang dan kering, kemudian bilas.

7. Berhenti merokok.

Terutamanya para lelaki, ketika persandingan juga wajah anda perlu kelihatan berseri, bukan untuk pengantin wanita sahaja. Jadi, kurang-kurangkan lah merokok tu dari tempoh pertunangan lagi. Merokok juga adalah salah satu punca yang menyebabkan mata panda sebenarnya, ini terjadi kerana penghidratan yang tidak mencukupi dan menjadikan kulit sangat kering.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,241 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen