Antara Punca Dan Menangani Masalah Mati Pucuk, Orang Lelaki Wajib Ambil Tahu.

 

Mati pucuk adalah satu perkara yang serius buat orang lelaki, di mana ia mungkin akan menjadikan dia seorang yang merendah diri atau tidak ada keyakinan untuk mendekati wanita. Bukan itu sahaja, apabila sudah berumahtangga, hubungan di antara suami isteri adalah perkara yang penting.

Tidak cukup dengan itu, ketidakmampuan untuk memberikan cahaya mata juga akan menjadi punca kepada sebuah rumahtangga yang tidak harmoni. Biasanya wanita sahaja yang dipersalahakan apabila tidak mampu untuk berikan cahaya mata, tapi bagaimana pula di pihak lelaki? Orang lelaki juga boleh mengalami masalah kesuburan ini seperti masalah mati pucuk atau disfungsi erektil.



                    

Apakah punca mati pucuk?

1. Stres

Rangsangan seksual bermula daripada otak, bukan semata-mata sentuhan fizikal. Oleh itu, minda yang dalam keadaan tertekan atau stres akan menjejaskan prestasi semasa melakukan hubungan seksual. Pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya dan dalam keadaan tenang untuk mendapatkan ereksi yang baik.

2. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh menjejaskan fungsi organ reproduktif anda. Ini termasuk sesetengah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan anti-depresi. Sila berbincang dengan doktor jika berkenaan kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan tersebut.


                       

3. Marah

Marah boleh menyebabkan darah mengalir laju ke muka, tetapi tidak ke tempat yang anda perlukan semasa hubungan seksual. Bukan mudah untuk menjadi romantik dan menikmati suasana yang meningkatkan keinginan seksual semasa dalam keadaan marah sama ada terhadap pasangan anda atau orang lain.

4. Kebimbangan

Rasa bimbang sama ada anda akan berjaya membuatkan pasangan anda gembira semasa hubungan seksual atau tidak akan menggangu fokus. Kebimbangan lain di luar bilik tidur juga turut menjejaskan prestasi anda. Jangan terlalu fokus terhadap apa yang akan berlaku. Sebaliknya, nikmati proses tersebut.

5. Tahap kesihatan

Banyak kedaaan kesihatan yang boleh menjejaskan prestasi anda di dalam bilik tidur. Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, dan penyakit yang melibatkan urat saraf.

6. Merokok

Amalan yang mungkin nampak ‘cool’ ini sebenarnya boleh membuatkan anda kecewa di dalam bilik. Merokok meningkatkan risiko salur darah menjadi sempit atau disebut sebagai aterosklerosis. Keadaan ini akan mengurangkan peredaran darah pada zakar yang sangat penting dalam proses ereksi.

Apa yang patut anda lakukan jika mengalami masalah mati pucuk?

Berikan masa kepada diri anda untuk rehat dan menenangkan fikiran. Tinggalkan amalan tidak sihat seperti merokok, hidup sendentari, dan pemakanan yang tidak sihat. Jika masih tidak berhasil, jangan malu untuk dapatkan nasihat perubatan daripada pakar.


                       

Cara tangani masalah mati pucuk.

1. Dapatkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dengan kerap.

Berjuta-juta lelaki yang mengalami mati pucuk atau disfungsi ereksi (erectile dysfunction/ED) malu bercakap dengan doktor tentang simptom mereka. ED adalah gangguan yang sangat biasa dalam kalangan lelaki, oleh itu anda tidak perlu merasa malu atau enggan bertanya doktor untuk nasihat, bimbingan, dan rawatan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ED bukanlah sebahagian daripada proses penuaan, sebaliknya boleh menjadi petunjuk yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik dalam badan anda. Dalam erti kata lain, ia menandakan masalah lain yang perlu dirawat. Sebelum membuat keputusan untuk merawat mati pucuk, pertimbangkan untuk mengadakan temu janji dengan doktor terlebih dahulu, untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang isu yang boleh menjejaskan fungsi ereksi anda.

Sekiranya anda mempunyai gula dalam darah tinggi, kolesterol tinggi, atau tekanan darah tinggi, penyakit ini menjadikan anda lebih cenderung mengalami ED. Penyakit jantung dan diabetes adalah dua keadaan serius yang biasanya dikenal pasti bermula dengan simptom ED.

2. Bersenam dengan kerap dan pastikan berat badan anda terkawal.

Senaman adalah sesuatu yang sering diabaikan, tetapi ia memainkan peranan yang luar biasa dalam melindungi kesihatan dan mengawal berat badan anda. Utamakan aktiviti fizikal seperti pergi ke gim, yoga, berjalan kaki, mendaki, berenang, taekwondo, berlari, berbasikal, atau apa sahaja yang membuatkan anda cergas dan fikiran anda tenang. Usahakan untuk terlibat dalam aktiviti tersebut sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, selama 30 minit untuk setiap masa. Seperti yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Harvard, lelaki yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal adalah 41% lebih cenderung untuk mengalami mati pucuk.

Di samping itu, bersenamlah dengan kerap untuk mengawal berat badan anda. Saiz pinggang yang lebih besar sebenarnya dikaitkan dengan kadar ED yang lebih tinggi. Namun demikian, untuk memastikan proses kecergasan tubuh lebih pantas dan mudah, amalkan diet seimbang. Pastikan makanan anda mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, sejumlah protein dan lemak yang sihat.

3. Buang tekanan dalam hidup anda.

Dalam masalah mati pucuk, keresahan adalah punca utamanya. Dengan erti kata lain, melegakan atau menyingkirkan tekanan harian boleh membantu ereksi anda. Cuba untuk meninggalkan segala tekanan anda di tempat kerja tanpa membawanya ke rumah. Jika anda jenis yang kuat bekerja dan sering kusut dengan pelbagai perkara di fikiran, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengubah gaya kerja atau bebanan kerja anda.

Jika anda mempunyai jadual ketat yang menuntut tenaga kerja berterusan tanpa rehat, beri diri anda peluang untuk bercuti sekali sekala. Kerja keras secara berlebihan bukan sahaja memberi kesan kepada fungsi ereksi anda, tetapi juga membawa komplikasi dalam aspek lain dalam kehidupan anda.

                        

Apa yang patut anda lakukan jika mengalami masalah mati pucuk?

Berikan masa kepada diri anda untuk rehat dan menenangkan fikiran. Tinggalkan amalan tidak sihat seperti merokok, hidup sendentari, dan pemakanan yang tidak sihat. Jika masih tidak berhasil, jangan malu untuk dapatkan nasihat perubatan daripada pakar.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen