“Nak Pegi Gym, Tapi Tak Tau Nak Main Apa…” Jom Ikuti Beberapa Tips Asas Ini.

 

Pada masa kini, bersukan bukan sahaja jogging di taman, bermain badminton, berbasikal dan seumpama dengannya, anda boleh sahaja pergi ke Gimnasium atau dikenali sebagai Gym. Gym telah mendapat perhatian anak muda untuk melakukan pelbagai aktiviti indoor dimana ia sebenarnya boleh digantikan dengan aktiviti outdoor.

Aktiviti sebegini pasti mendapat perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi jika cuaca di luar rumah tidak mengizinkan anda untuk melakukan aktiviti outdoor. Namun, ada juga sebahagian daripada kita tidak tahu cara yang betul dan bagaimana untuk bermain dengan alatan di gym.

Sebelum anda bersungguh-sungguh untuk bermain dengan peralatan di gym, apa kata anda kuasai beberapa perkara asas ini dahulu…

1. Baru berjinak-jinak nak pergi gym, apa yang perlu kita buat?

Pertama kali nak pergi gym pasti berasa sedikit teruja walapun rasa macam kekok sedikit. Yela, nak pergi gym nanti, tak pakai pakaian yang bersesuain pula. Jadi secara asasnya, bagi mereka yang berjinak-jinak mahu ke gym, jangan lupa:

  • Memakai kasut yang bersesuaian, stokin pun jangan lupa! Nanti orang sebelah bau busuk, anda pun tak sedar sebenarnya.
  • Pakai pakaian sukan yang bersesuaian. Pada gadis muslimah, lebih baik anda memilih gym yang mempunyai semua ahli perempuan, supaya selesa kerana pakaian sukan lebih mengikut bentuk badan untuk mudah bergerak.
  • Jangan lupa tuala kecil untuk lap peluh, hand wraps dan lifting straps.

2. Perlu ikut beberapa garis panduan.

Selalunya yang baru berjinak-jinak nak pergi gym, terlalu teruja sehingga terlepas pandang dengan beberapa garis panduan atau Rules di gym. Bila dah pergi gym tu;

  • Jangan lupa letak balik dumbbell dekat rack.
  • Jangan nak hempas-hempas sangat semua alatan di gym, macam nak tunjuk kuat sangat.
  • Kalau tak tau nak main macam mana, jangan konfiden main semua alatan, nanti balik rumah sakit satu badan.
  • Sebab tu penting tanya dahulu, dan dapatkan nasihat dari trainer.
  • Kalau tak nak pakai trainer, rajin-rajin membaca atau lihat video di youtube.
  • Bagi kaum lelaki pula, jangan tanggal baju anda. Walaupun sama jantina dalam gym tersebut, ada sahaja yang memerhati dengan tidak senang.

3. Kalau nak kurus pun, kena pergi gym ke?

Ramai salah faham tentang isu ini. Nak kurus, kena jaga makan dahulu! Makan makanan yang berserat tinggi dan mampu naikkan metabolisma badan. Kalau ketika badan berisi terus pergi gym, lepastu salah guna alatan pula, anda hanya naikkan otot badan sahaja, atau dipanggil Build Muscle. Sebab tu anda sering kecundang di tengah jalan.

“Tak kurus pun pergi gym…”

Ingat. Nak diet dan kuruskan badan 80% adalah dari pemakanan kita, kemudian aktiviti bersukan hanya 20% sahaja. Sekiranya anda pergi gym dengan niat nak kurus tapi makan tak jaga, memang tak kurus! Dan sebenarnya, jika anda mempunyai kekuatan mental yang kuat, malah jaga diet pemakanan, buat weightlifting pun okay kerana ia mampu membakar lemak ketika anda berpeluh dengan banyak.

4. Perlu ke ambil serbuk protein? Tengok orang lain ambik je?

Terpulang pada setiap individu. Kalau nak hasil yang cepat dan memuaskan ambil minuman protein yang disarankan oleh trainer sahaja. Kadang-kala ada serbuk protein tak sesuai dengan sesetengah individu, dan akan mengalami sakit buah pinggang! Hati-hati!

Kalau nak betul-betul sihat gunakan bahan makanan semula jadi seperti ayam, daging, telur, dan hasil tenusu, cuma ia akan mengambil masa dan tak sesuai untuk mereka yang jenis tak sabar.

Dan yang paling penting adalah, nak pergi gym ni perlu konsisten. Jangan pula, bulan 1 ni nampak teruja dan bersungguh-sungguh, kemudian bulan 2 anda mula skip, bulan 3 langsung tak pergi. Jika anda bersabar dan konsisten, pasti akan nampak result yang anda mahu, kemudian anda pasti akan ketagih untuk pergi ke gym.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen