Bibir Kering Dan Sensitif, Ayuh Lakukan Tips Ini Untuk Dapatkan Bibir Yang Sihat.

 

Ramai orang lebih mementingkan kecantikan wajah berbanding kencantikan bibir. Hal ini kerana, wajah yang cantik dan mulus pastinya lebih membuat orang ramai untuk menumpukan dirinya. Namun begitu, bibir juga salah satu perkara yang penting kerana terletak pada wajah, jadi orang yang melihat wajah anda pasti akan melihat bibir anda juga.

Maka dengan itu, penjagaan bibir ini juga jagan dipandangan ringan. Miliki bibir yang kering, sensitif serta kehitaman ini hanya akan mencacatkan kecantikan yang anda miliki. Begitu juga buat anda yang suka menggunakan kepelbagaikan lipstick yang kadang kala akan memberikan kesan seperti menipiskan kulit bibir dan secara tidak langsung akan membuat bibir anda mudah pedih.



Bagaimana untuk dapatkan bibir yang mugil?

                                     

1. Hentikan tabiat menjilat bibir.

Pasti ada diantara anda mempunyai tabiat menjilat bibir apabila bibir terasa kering. Walaupun pada mulanya akan memberikan rasa selesa kerana ia membuatkannya berasa lebih lembap dan tidak kering lagi. Malangnya, tabiat ini sebenarnya akan menjadikan keadaan bibir semakin kering. Ini kerana bibir tidak mampunyai pelindung yang banyak seperti kulit lain, jadi air liur yang anda itu hanya akan membuat bibir semakin kering.

                                     

2. Elakkan bahan kandungan yang mengandungi phenol.

Sekiranya anda pernah menikmati rasa sejuk ketika menggunakan balm bibir, pasti balm bibir tersebut mengandungi fenol atau mentol. Sesetengah pengeluar produk kecantikan yang menghasilkan balm bibir biasanya akan menawarkan pelbagai rasa dan aroma, termasuk pudina. Walau bagaimanapun, ia adalah baik jika anda tidak memilih produk yang mengandungi sensasi penyejukan kerana ia mungkin bahawa bau bibir mengandungi fenol yang boleh meningkatkan sensitiviti semasa menjadikannya lebih kering.


                                     

3. Sentiasa scrub bibir anda.

Bukan hanya kulit muka dan tubuh badan sahaja yang perlu anda scrub secara kerap, tetapi bibir juga perlukan proses ini. Proses ini penting untuk dilakukan kerana mampu menghilangkan sel-sel kulit mati yang menumpuk pada permukaan bibir. Sebelum anda lakukan proses scrub, pastikan anda memilih produk yang tidak miliki texture yang terlalu kasar. Hal ini kerana ia akan membuat kulit bibir anda semakin menipis malah mungkin akan buat bibir anda terluka.

                                 

4. Gunakan lemon atau madu untuk bibir anda.

Menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mencantikan diri adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh wanita. Di antara bahan semula jadi yang sesuai ialah, lemon dan madu di mana ia menjadi dua bahan yang dipercaya efektif dalam mengatasi bibir yang kering dan pecah-pecah. Lemon dapat menghilangkan sel kulit mati sekaligus mencerahkan warna bibir. Sedangkan madu, dipercaya efektif dalam melembapkan bibir yang kering. Jika anda memiliki kedua bahan ini di rumah, mulailah dengan mencampur kedua bahan ini, kemudian sapuan pada bibir secara rutin untuk mendapatkan tampilan yang sehat serta lembut.

Semoga dengan melakukan beberapa perkara ini, anda mampu memiliki bibir yang mulus dan juga mugil.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen