Antara Sebab Sebenarnya Anda Takut Dibuang Kerja.

 

Mempunyai pekerjaan adalah satu kemestian bagi setiap individu, lebih-lebih lagi mendapat pekerjaan yang diidamkan. Sudah terlalu lama bekerja dengan syarikat yang sama bertahun-tahun pasti akan mengubah prestasi seseorang, ada yang dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji, prestasi yang lebih baik, dapat membina kemahiran yang berbeza dan sebagainya.

Namun, sekiranya anda sudah lama bekerja pada syarikat yang sama sahaja, akan tetapi tidak pula dinaikkan gaji, pangkat apatah lagi. Hanya duduk pada jawatan yang sama bertahun-tahun, tanpa peningkatan gaji sebenarnya membuatkan anda takut dibuang kerja atau juga tidak mahu mencari kerja lain.

Saudara Harith Faisal telah berkongsi, kenapa anda sebenarnya takut dibuang kerja…

********

1. Tiada Simpanan Kecemasan

Simpanan kecemasan sangat penting. Level newbie, kau dapatkan dulu simpanan kecemasan sama dengan 3 bulan gaji. Nak lebih okay, simpan sampai cukup 6 bulan gaji. Dapat 12 bulan punya gaji lagilah okay.

2. Tiada Income Pelaburan.

Ilmu pelaburan kau kena ada walau kau rasa kerjaya kau dah stabil. Sebab kalau duit yang kau ada tak dilaburkan, macam mana nak berkembang.

Kalau dibuang kerja, income dari pelaburan inilah kau guna untuk sara hidup.

3. Tiada Side Income.

Bila dah ada side income, kau akan rasa lebih selamat kalau dibuang kerja. Lagi-lagi kalau side income tu sama dengan gaji sebulan kau. Ala, buat sambil-sambil je. Kalau rasa tak cukup dengan satu side income, buat dua.

4. Tiada Rumah Sendiri.

Buatnya betul-betul kena buang kerja, mesti kau paling takut tak dapat bayar sewa rumah. Lebih tragis, tuan rumah kau tu garang takde hati perut. Habis dihalau kau dan keluarga. Kalau dapat yang baik hati, untunglah kau.

5. Tiada Ilmu.

Kalau takda ilmu, memang haru hidup kau. Sepatutnya awal-awal kerja dah mula cari ilmu pelaburan dan hartanah. Bila ada ilmu, kau takkan ada masalah 1, 2, 3 dan 4 tu.

Belajar cepat-cepat sebelum terlambat.

Kesimpulan

Kalau dah namanya makan gaji, kita kena jangka apa benda buruk yang bakal berlaku kat kita. Dimarahi boss, jangan melawan. Itu dah masuk dalam job skop kita. Layankan je. Kalau dah tak tahan, resignlah. Buat apa tunggu.

Dibuang kerja. Bersedialah daripada awal. Bila kita dah tak diperlukan dan menambah beban kat syarikat, takkan boss masih nak simpan kita. Mestilah dia akan buang kita secara terhormat walau tanpa kita relakan.

Jadi, cepat-cepatlah tangani 5 ciri-ciri kat atas tu. Kawan ofis semua baik-baik, lunch sama-sama. Tapi bila kau dah dibuang kerja, tak adanya dorang nak bank in RM3K sebulan kat kau. Pandai-pandailah kau teruskan hidup.

Haha!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen